Berikutan peperangan yang berlaku antara Rusia dan Ukraine, Ukraine memutuskan untuk menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk mengecam wajah mayat tentera Rusia di Ukraine. Dikatakan usaha ini untuk membantu memberitahu ahli keluarga berkenaan kematian mereka. Dilaporkan Kementerian Pertahanan Ukraine telah mula menggunakan teknologi AI sejak bulan ini melalui perisian Clearview AI, penyedia teknologi pengecaman wajah…
Pengarang: Nadiah Ab
Rasmi, OnePlus 10 Pro Terima Pelancaran Global Pada 31 Mac Ini
Seperti yang sedia maklum, siri OnePlus 10 telah dilancarkan pada bulan Januari yang lalu. Kini, saat yang dinanti-nantikan oleh peminat OnePlus telah tiba, telefon pintar flagship OnePlus 10 Pro akan menerima pelancaran global pada 31 Mac 2022 nanti. Pengumuman tentang pelancaran ini telah dibuat di akaun Twitter rasmi OnePlus semalam. Get ready for the #OnePlus10Pro pic.twitter.com/0jmjb5GGAh —…
Instagram Kembalikan “Feed” Mengikut Kronologi Melalui Dua Mod Terbaharu
Instagram akhirnya kembalikan semula feed Instagram mengikut susunan kronologi yang betul. Ketua Instagram, Adam Mosseri mengumumkan semalam melalui siaran berita Meta, bahawa platform itu turut memperkenalkan dua ciri baharu. Terdahulu, pada tahun 2021, Instagram melancarkan feed yang meletakkan kedudukan hantaran berdasarkan perkara yang paling diminati pengguna, menjadikannya susah untuk pengguna melihat setiap hantaran mengikut susunan kronologi. Setelah…
Pengembara Antara Malaysia Dan Singapura Yang Lengkap Vaksinasi Tak Perlu Lagi Jalani Kuarantin
Berikutan sidang media dari Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, sebentar tadi, beberapa protokol baharu telah diumumkan. Antaranya termasuk pelonggaran protokol bagi pengembara antara Malaysia dan Singapura mulai 1 April 2022. Menurut Khairy, kedua-dua Perdana Menteri – Ismail Sabri dan Lee Hsien Loong – bersetuju untuk membenarkan semua pengembara yang telah lengkap vaksinasi untuk merentas sempadan darat…
Pencipta Format Imej GIF Meninggal Dunia Akibat Covid
Stephen Wilhite, pencipta format imej GIF, dilaporkan baru sahaja meninggal dunia pada 14 Mac baru-baru ini. Stephen disahkan meninggal dunia akibat Covid-19 yang telah disahkan oleh isterinya, Kathaleen. Sedikit sebanyak latar belakang Stephen Wilhite, beliau memulakan kerjayanya di Compuserve, penyedia perkhidmatan dalam talian komersial utama yang pertama. Pada tahun 1987, semasa di Compuserve, beliau mencipta…
“Tren” Tanpa Landasan, Sarawak Akan Bina Laluan ART Kedua
Menurut Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Openg, Sarawak akan melaksanakan pembinaan sistem Transit Aliran Autonomi (ART) kedua di Bintulu dalam tempoh lima tahun akan datang. Laluan itu akan menghubungkan bandar Bintulu dengan Tanjung Kidurong yang akan dibangunkan menjadi hab pengeluaran produk petrokimia dan hab perubatan. Abang Johari berkata sistem itu akan memenuhi permintaan pembangunan…
