Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Instagram Kembalikan “Feed” Mengikut Kronologi Melalui Dua Mod Terbaharu

Instagram Kembalikan “Feed” Mengikut Kronologi Melalui Dua Mod Terbaharu

Diterbitkan Mac 24, 2022 oleh Nadiah Ab

Instagram akhirnya kembalikan semula feed Instagram mengikut susunan kronologi yang betul. Ketua Instagram, Adam Mosseri mengumumkan semalam melalui siaran berita Meta, bahawa platform itu turut memperkenalkan dua ciri baharu.

Terdahulu, pada tahun 2021, Instagram melancarkan feed yang meletakkan kedudukan hantaran berdasarkan perkara yang paling diminati pengguna, menjadikannya susah untuk pengguna melihat setiap hantaran mengikut susunan kronologi.

Setelah menerima banyak kritikan dari pengguna Instagram berkenaan hal ini, Instagram akhirnya bertindak sewajarnya dengan mendatangkan dua ciri baharu – mod “Following” dan “Favourites”.

Mod “Favourites” memaparkan hantaran terbaharu dari senarai akaun yang anda pilih, seperti rakan baik atau pencipta kandungan kegemaran anda. Selain paparan ini, hantaran daripada senarai “Favourites” juga akan lebih banyak dipaparkan dalam feed laman utama Instagram anda.

Anda boleh menambah sehingga 50 akaun ke dalam senarai “Favourites” pada bila-bila masa. Jangan risau, senarai akaun kegemaran anda tidak akan menerima notifikasi mereka ditambah atau dibuang.

Mod “Following” pula akan memaparkan hantaran dari akaun-akaun yang anda ikuti.

Kedua-dua mod ini dipaparkan mengikut susunan kronologi, jadi lebih mudah untuk anda mengikuti hantaran terbaharu.

Untuk mengaktifkan ciri ini, klik pada “Instagram” di penjuru kiri atas halaman utama anda untuk memilih mod yang ingin anda lihat.

instagram kronologi
Sumber: Meta

Sumber: Meta

Baca juga:

  • Senang Kawal Anak-Anak, Instagram Tawar Ciri Khusus Untuk Ibu Bapa
  • Menuju “Metaverse”, Zuckerberg Akan Bawa NFT Ke Instagram
  • Lebih Mudah Buat ‘Live’, Instagram Kini Tambah Fungsi Moderator

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY