Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pencipta Format Imej GIF Meninggal Dunia Akibat Covid

Pencipta Format Imej GIF Meninggal Dunia Akibat Covid

Diterbitkan Mac 24, 2022 oleh Nadiah Ab

Stephen Wilhite, pencipta format imej GIF, dilaporkan baru sahaja meninggal dunia pada 14 Mac baru-baru ini. Stephen disahkan meninggal dunia akibat Covid-19 yang telah disahkan oleh isterinya, Kathaleen.

Sedikit sebanyak latar belakang Stephen Wilhite, beliau memulakan kerjayanya di Compuserve, penyedia perkhidmatan dalam talian komersial utama yang pertama.

pencipta gif
GIF pertama rekaan Stephen Wilhite. Sumber: Giphy

Pada tahun 1987, semasa di Compuserve, beliau mencipta Graphics Interchange Format, atau GIF, sebagai satu cara untuk mengedarkan “grafik bermutu tinggi dan beresolusi tinggi” dalam warna pada masa kelajuan internet masih tidak meluas berbanding dengan apa yang ada pada hari ini.

Bertahun-tahun kemudian, ia menjadi kaedah utama media sosial sebagai salah satu alat komunikasi melibatkan emosi dan reaksi.

Format GIF juga telah digunakan sebagai cara yang mudah untuk menunjukkan graf, lukisan, dan animasi ringkas.

Pada awal 2010-an, format GIF semakin meluas sehingga menjadi pilihan utama untuk pengguna media sosial membuatĀ meme.

Kemudian pada tahun 2012, GIF telah disytiharkan sebagai sepatah perkataan oleh Kamus Amerika Oxford, hasil dari popularitinya di kalangan penulis blog, terutamanya di Tumblr dan laman lain.

Sebutan sebenar GIF juga sudah pernah dibahaskan selama bertahun-tahun. Akhirnya, pada tahun 2013, Stephen Wilhite sendiri menyelesaikan isu ini dengan mengatakan bahawa ia sepatutnya disebut sebagai “Jif” dan bukan “Gif”.

Pada tahun yang sama, Wilhite menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat di Anugerah Webby untuk ciptaan dan sumbangannya kepada dunia Internet.

Stephen Wilhite telah bersara pada awal 2000-an. Pencipta format GIF ini meninggalkan isteri, empat anak tiri, seorang anak lelaki, 11 cucu dan tiga cicit setelah kematiannya pada 14 Mac yang lalu.

Sumber: The Verge

Baca juga:

  • Lebih Kurang Macam “Boomerang”, Ini Cara Buat Video GIF Di Twitter
  • Cara Buat GIF Dengan Mudah Di iPhone
  • Cara Memasukkan Animasi GIF Pada Dokumen word

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY