Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
“Tren” Tanpa Landasan, Sarawak Akan Bina Laluan ART Kedua

“Tren” Tanpa Landasan, Sarawak Akan Bina Laluan ART Kedua

Diterbitkan Mac 24, 2022 oleh Nadiah Ab

Menurut Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Openg, Sarawak akan melaksanakan pembinaan sistem Transit Aliran Autonomi (ART) kedua di Bintulu dalam tempoh lima tahun akan datang.

Laluan itu akan menghubungkan bandar Bintulu dengan Tanjung Kidurong yang akan dibangunkan menjadi hab pengeluaran produk petrokimia dan hab perubatan.

Abang Johari berkata sistem itu akan memenuhi permintaan pembangunan perindustrian Tanjung Kidurong yang dijangka akan membuka 15,000 peluang pekerjaan dalam tempoh empat tahun akan datang.

Selain sebagai pengangkutan bagi penduduk tempatan, sistem ART Bintulu juga boleh diakses oleh pelancong asing terutamanya bagi mereka yang ingin melawat Taman Negara Similajau.

Kerajaan negeri Sarawak sudah pun merancang untuk membina sistem pengangkutan tanpa landasan dan automatik di Kuching, dengan pembinaan akan dimulakan pada suku ketiga tahun ini.

Laluan projek itu adalah sepanjang 52.6KM dan dijangka beroperasi pada tahun 2025, manakala pelaksanaan Bintulu akan dilaksanakan menjelang tahun 2027 berdasarkan kenyataan dari beliau sendiri.

ART sarawak
Sumber: KuchingBorneo

Selain Sarawak, Johor juga menggunakan ART dalam Transit Aliran Bas (IMBRT) akan datang yang akan mula beroperasi tahun depan.

Sistem trem tanpa landasan juga sedang diuji di Cyberjaya selaras dengan usaha untuk mengurangkan pelepasan karbon di bandar itu, dengan kapasiti maksimum 307 penumpang.

Sumber: Bernama

Baca juga:

  • Kenderaan Yang Masuk KL Mungkin Dikenakan ‘Caj Kesesakan’ Apabila MRT3 Siap
  • KTMB Tawarkan Diskaun Pakej Keluarga Malaysia Bermula 14 Februari 2022
  • KTMB Melancarkan KITS, Aplikasi Tiket Baharu Bagi ETS, KTM Intercity Dan KTM Komuter Utara

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY