Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pentadbiran Trump Dilaporkan Tutup Perpustakaan Penyelidikan Terbesar NASA

Pentadbiran Trump Dilaporkan Tutup Perpustakaan Penyelidikan Terbesar NASA

Diterbitkan Januari 5, 2026 · Dikemas kini Januari 5, 2026 oleh ariff bukhari

Pentadbiran Trump dilaporkan telah menutup salah satu perpustakaan penyelidikan terbesar NASA di Pusat Angkasa Goddard, Maryland.

Tindakan ini menimbulkan kebimbangan kerana puluhan ribu buku, dokumen dan jurnal berharga, termasuklah karya saintis Soviet dari era 1960-an, berisiko dimusnahkan atau dipindahkan.

Ekoran itu, kebanyakkan bahan yang belum didigitalkan itu sekali gus mengancam warisan ilmu sains angkasa.

Langkah ini berlaku ketika NASA berdepan pemotongan bajet.

Namun begitu, jurucakap NASA menegaskan ia sekadar “penggabungan” dan bukan penutupan, dengan janji semua rekod penting akan didigitalkan atau dipindahkan.

Malah Pentadbiran baharu, turut menyatakan arahan asal ini datang daripada pentadbiran Biden sebelum ini.

Dalam satu hantaran Pentadbir baru, Jared Isaacman turut menegaskan bahawa, semua buku, rekod, dan data teknikal NASA yang mempunyai nilai sejarah atau semasa akan didigitalkan dan/atau dipindahkan ke kemudahan lain.

Sejak 2022, sebanyak tujuh perpustakaan NASA telah ditutup dan lebih 2,000 kakitangan kanan meninggalkan agensi itu.

Penutupan ini menimbulkan persoalan besar tentang masa depan penyelidikan angkasa dan pemeliharaan sejarah saintifik dunia.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Angkasawan NASA Rakam Kota Suci Mekah Bersinar Dari Angkasa
  • AI Guna Lebih Banyak Air Daripada Seluruh Industri Air Botol Global - Kajian

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY