iPad Pro seterusnya dijangka akan menjadi peranti pertama dijana cip M5 dan menurut laporan terbaru daripada Mark Gurman, ia juga akan dilengkapi dengan dua kamera hadapan. Jika benar, ini bermakna iPad ini akan mempunyai 3 lensa secara keseluruhannya. Kalau anda tertanya-tanya kenapa Apple sedang mempertimbang untuk menambah kamera hadapan, sumber berkata ia adalah kerana berdasarkan…
Pengarang: Aminuddin Ahmad
Bateri iPhone 17 Air Mungkin Hanya Sebesar 2800mAh
Kurang tiga bulan lagi sebelum siri iPhone 17 rasmi dan khabar angin terbaru mendakwa model iPhone 17 Air hanya akan dibekalkan dengan bateri sekitar 2,800mAh. Imbas kembali, iPhone 17 Air telah dilaporkan berkali-kali oleh pelbagai sumber bahawa ia akan menjadi iPhone ternipis dalam sejarah dengan ketebalan sekitar 5.65mm sahaja. Ya, lebih nipis berbanding iPhone 6….
OPPO, Hasselblad Teruskan Kolaborasi
OPPO mengumumkan kerjasama mereka dengan jenama kamera terkemuka dunia dari Sweden, Hasselblad akan diteruskan. Imbas kembali, OPPO dan Hasselblad berjabat tangan pada 2022 untuk kerjasama selama 3 tahun dan produk pertama hasil kerjasama tersebut ialah OPPO Find X5. Anda boleh baca ulasan kami untuk Find X5 di SINI. Sepanjang dua jenama ini bekerjasama, beberapa ciri…
Video Silibus Sirah Nabi KAFA Tersedia Di Durioo+
Durioo+, aplikasi penstriman yang menumpukan kandungan selamat untuk anak-kanak kini menyiarkan video berasaskan silibus KAFA (Sirah Nabi) daripada Pesan Abi Firdaus. https://www.instagram.com/p/DLR0k7tz7DQ/?igsh=MWdxMDA3dHJ3N3B6cA== Pencipta kandungan yang dikenali sebagai Pesan Abi Firdaus sememangnya terkenal dengan modul dan video berbayar untuk murid Tahun 1 hingga Tahun 5, merangkumi KAFA, pengetahuan am dan lain-lain. Jadi, jika anda pelanggan Durioo+,…
Ejen Ali Tiba Di Durioo+
Ejen Ali The Movie 2 | Misi: Satria berjaya mencapai kutipan tiket sehingga RM55.1 juta minggu lalu, menjadikannya filem animasi dengan kutipan tertinggi dalam sejarah pawagam Malaysia. Terbaru, platform penstriman selamat untuk anak-anak, Durioo+ telah berjaya mendapatkan hak penyiaran Ejen Ali Musim 1 di platform mereka. Siri animasi terkenal itu kini sudah boleh ditonton di…
Durioo+ Dengan Wajah Baharu Ada Ciri Bantu Kanak-Kanak Hafal Surah Lazim
Aplikasi video selamat untuk anak-anak, Durioo+ telah memperkenal versi terkini yang tampil dengan antara muka yang serba baharu bersama dua ciri iaitu DuDeen dan DuReels serta barisan permainan dalam Durioo Games. Hadir dengan slogan “Wajah Baru, Lagi Padu, Senangkan Ibu,” rombakan antara muka ini jelas sangat berbeza daripada versi terdahulu dan ia dikatakan lebih memudahkan…
