Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
oppo hasselblad

OPPO, Hasselblad Teruskan Kolaborasi

Diterbitkan Julai 21, 2025 oleh Aminuddin Ahmad

OPPO mengumumkan kerjasama mereka dengan jenama kamera terkemuka dunia dari Sweden, Hasselblad akan diteruskan.

Imbas kembali, OPPO dan Hasselblad berjabat tangan pada 2022 untuk kerjasama selama 3 tahun dan produk pertama hasil kerjasama tersebut ialah OPPO Find X5. Anda boleh baca ulasan kami untuk Find X5 di SINI.

OPPO Umum Kerjasama 3 Tahun Bersama Hasselblad

Sepanjang dua jenama ini bekerjasama, beberapa ciri telah ditambah ke peranti OPPO iaitu Hasselblad Potrait Mode, HyperTone Engine, XPAN Mode dan beberapa lagi yang turut menyentuh ‘permainan warna’ dalam imej dihasilkan.

Find X5 Pro_1
OPPO Find X5

Berdasarkan kenyataan Pete Lau, beliau cuba meletakkan jangkaan bahawa akan ada lebih banyak inovasi dan teknologi baharu berkaitan kamera telefon pintar akan terhasil selepas ini apabila kerjasama ini dilanjutkan.

Find X8 Pro and Find X8 in Maison Kistune Phone Covers

Jika anda perasan, sejak beberapa tahun ini, terutamanya selepas Huawei bekerjasama dengan Leica, jenama telefon pintar lain dari China mula aktif melakukan perkara yang sama misalnya Xiaomi-Leica, vivo-ZEISS dan OnePlus yang juga bersama Hasselblad.

OnePlus 13_2

xiaomi 14t series

vivo x200 FE

Secara peribadi, walaupun saya bukanlah peminat kamera OPPO sejak awal hingga kini, namun saya lihat kerjasama dengan Hasselblad nyata memberikan impak positif yang besar kepada OPPO sama ada dari segi teknikaliti kamera mahupun imej OPPO di mata pengguna.

Berkaitan

  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • vivo X200 FE Tiba Di Malaysia Dengan Harga RM3,199
  • Xiaomi Tegas, Kerjasama Dengan Leica Masih Kukuh

Sumber: Gadget360

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY