Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ini Perkara Penting Yang Diumum Dan Tak Diberitahu Di Acara ‘Let Loose’

Ura-Ura: iPad Pro 2025 Akan Dilengkapi 2 Kamera Hadapan

Diterbitkan Julai 21, 2025 oleh Aminuddin Ahmad

iPad Pro seterusnya dijangka akan menjadi peranti pertama dijana cip M5 dan menurut laporan terbaru daripada Mark Gurman, ia juga akan dilengkapi dengan dua kamera hadapan.

Ini Perkara Penting Yang Diumum Dan Tak Diberitahu Di Acara ‘Let Loose’
iPad Pro M4 tiada lagi dilengkapi slot Nano-SIM. Kini tersedia dengan eSIM sahaja.

Jika benar, ini bermakna iPad ini akan mempunyai 3 lensa secara keseluruhannya.

Kalau anda tertanya-tanya kenapa Apple sedang mempertimbang untuk menambah kamera hadapan, sumber berkata ia adalah kerana berdasarkan aduan pengguna yang berasa kekok apabila iPad Pro terkini menggunakan posisi baharu untuk kamera swafotonya.

ipad pro

Jadi, dengan adanya dua kamera ini, ia akan memudahkan pengguna untuk mengambil  swafoto atau menjalani e-sidang dalam kedua-dua orientasi iaitu potret dan landskap tanpa perlu mengalihkan peranti.

iPad Pro 2024

Terdahulu, iPad Pro dengan cip M4 hadir dengan sedikit perubahan reka bentuk di mana kamera hadapannya diletakkan dalam posisi lanskap berbanding potret pada model-model iPad sebelum ini.

iPad Pro Baharu Dan iPad Gen-10 Kini Tersedia Untuk Pasaran Malaysia

Bercakap tentang cip M5, iPad Pro dikatakan akan menjadi peranti sulung dengan janaan M5 manakala Mac yang dikuasakan cip tersebut akan dilancarkan sekitar pertengahan tahun 2026.

Berkaitan

  • iPad Pro M4 Jauh Lebih Ringan Berbanding iPad Air M2
  • iPad Pro, iPad Air Baharu Kini Tersedia Di Malaysia - Harga Bermula RM2,999

Sumber: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY