Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ejen ali durioo 5

Ejen Ali Tiba Di Durioo+

Diterbitkan Jun 23, 2025 oleh Aminuddin Ahmad

Ejen Ali The Movie 2 | Misi: Satria berjaya mencapai kutipan tiket sehingga RM55.1 juta minggu lalu, menjadikannya filem animasi dengan kutipan tertinggi dalam sejarah pawagam Malaysia.

Terbaru, platform penstriman selamat untuk anak-anak, Durioo+ telah berjaya mendapatkan hak penyiaran Ejen Ali Musim 1 di platform mereka.

Ejen Ali x Durioo

Siri animasi terkenal itu kini sudah boleh ditonton di Durioo+ sejak 21 Jun lalu, bersama animasi tempatan yang lain seperti Upin Ipin, BoBoiBoy, Bola Kampung, Robozeta, Alif Anis, Mina Mila dan lain-lain.

Bagi anda yang tertanya-tanya mengapa Durioo+ masih cuba menayangkan musim 1 walaupun ia boleh ditonton di YouTube secara percuma, wakil Durioo+ berkata ia adalah atas permintaan ibu bapa yang menggunakan Durioo+.

ejen ali durioo web

Katanya, ibu bapa ini tidak selesa jika anak-anak tonton Ejen Ali di platform lain kerana anak-anak akan terdedah kepada konten bahaya yang lain terutamanya yang terkait dengan isu brainrot, popcorn brain dan sebagainya yang berpunca daripada terlalu banyak menonton video tidak berfaedah.

ejen ali durioo

Dalam kenyataan rasmi, Durioo+ turut berkongsi mereka telah menghadiahkan 200 tiket Ejen Ali The Movie 2 dalam Play Park di GSC IOI City Mall kepada pelanggan Durioo+ yang bertuah dalam malam gala dan tayangan perdana pada 19 Mei lalu.

ejen ali gala durioo

Ura-ura juga mengatakan akan ada berita baik diumumkan oleh Durioo+ sekitar Julai atau Ogos ini dan ia mungkin berkaitan pakej langganan mereka.

Mereka yang berminat melanggan Durioo+ boleh dapatkan 7 hari percuma di SINI.

Berkaitan

  • Durioo+ Akan Hadir Dengan Wajah Baharu Mulai 2025
  • Durioo+ Dengan Wajah Baharu Ada Ciri Bantu Kanak-Kanak Hafal Surah Lazim
  • Saya Cabar Diri Guna Telefon HUAWEI Selama 7 Hari Tanpa Google Play, Ini Apa Yang Saya Belajar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY