OpenAI kini memperkenalkan ciri baharu dalam ChatGPT yang membolehkan pengguna menghubungkan akaun bankĀ untuk mendapatkan panduan berkaitan bajet, perbelanjaan dan pelaburan yang lebih diperibadikan. Ciri ini dibangunkan melalui kerjasama dengan Plaid, platform yang membolehkan sambungan selamat antara aplikasi dan institusi kewangan. Melaluinya, pengguna boleh menyambungkan akaun bank, kad kredit, akaun pelaburan dan pelbagai akaun kewangan lain…
Pengarang: Amalina Athman
Insta360 GO 3S Retro Bundle Dilancarkan, Harga Bermula RM1,099
Insta360 hari ini mengumumkan Insta360 GO 3S Retro Bundle, edisi khas yang membawa pesona nostalgia fotografi filem kepada kamera POV bersaiz kecilnya. Dibina berasaskan kamera kendiri seberat 39 gram, Retro Bundle menggabungkan rakaman video 4K, rakaman POV bebas tangan (hands-free) serta teknologi penstabilan FlowState dengan gaya penggambaran retro. Komponen utama dalam Insta360 GO 3S Retro…
Pakej Astro One Ditawarkan Serendah RM74.90/Bulan – Termasuk Netflix, Pek Blockbuster
Astro kini memperkenalkan tawaran baharu untuk pakej Astro One yang memberikan lebih banyak nilai kepada pelanggan baharu dan sedia ada. Bermula 1 Mei hingga 31 Julai 2026, pengguna yang melanggan Astro One Entertainment boleh mendapatkan harga promosi RM74.90 sebulan, berbanding harga asal RM87.67. Sementara itu, Astro One Sports ditawarkan pada harga RM94.90 sebulan, lebih rendah…
Sebahagian Pengguna Unifi Di Kedah, Perlis Alami Gangguan Internet
Kemas kini 15 Mei 2026, 12:45 tengah malam: Menurut portal Unifi Alerts, gangguan prestasi perkhidmatan yang menjejaskan sebahagian kawasan Kedah dan Perlis kini telah diselesaikan. Artikel asal: Sejak semalam, mungkin ada pengguna di Kedah dan Perlis yang menyedari sambungan internet menjadi luar biasa perlahan. Telekom Malaysia (TM) melalui portal Unifi Alerts telah mengesahkan terdapat gangguan…
Meta Lancar Instants Untuk Instagram – Foto Hilang Selepas Dibuka
Meta kini melancarkan Instants, ciri baharu yang membolehkan pengguna Instagram berkongsi foto secara spontan dengan senarai Close Friends atau pengikut yang saling mengikuti. Instants boleh diakses terus melalui aplikasi Instagram menerusi ikon timbunan foto kecil di sudut kanan bawah pada bahagian peti masuk (DM) Instagram. Instagram turut melancarkan aplikasi kendiri Instants, yang membuka terus ke…
Meta Perkenal ‘Incognito Chat’ Dengan Meta AI Di WhatsApp
Meta kini melancarkan Incognito Chat with Meta AI, satu ciri baharu di WhatsApp dan aplikasi Meta AI yang membolehkan pengguna berinteraksi dengan AI secara sepenuhnya peribadi. Dibina menggunakan teknologi Private Processing, ciri ini membolehkan pengguna memulakan perbualan sementara dengan Meta AI yang hanya boleh dilihat oleh mereka sendiri. Menurut Meta, walaupun sesetengah aplikasi lain menawarkan…
