Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

U Mobile Tawar ‘ULTRA Football Pass’ Percuma, Strim Piala Dunia FIFA 2026 Di RTMKlik

Posted on Jun 12, 2026Jun 12, 2026

U Mobile yang merupakan antara penaja rasmi siaran Piala Dunia FIFA 2026 kini menawarkan ULTRA Football Pass secara percuma kepada pelanggannya bagi menonton kejohanan tersebut menerusi RTMKlik.

Melalui pas percuma ini, pengguna boleh menikmati penstriman Piala Dunia FIFA 2026 di laman web dan aplikasi RTMKlik tanpa menggunakan kuota data sedia ada. U Mobile turut menyatakan pas tersebut menyediakan data dan kelajuan tanpa had khusus untuk penstriman kandungan kejohanan itu di platform berkenaan.

ULTRA Football Pass boleh ditebus bermula 11 Jun hingga 20 Julai 2026 dan setiap pas yang diaktifkan sah selama 24 jam dari waktu pengaktifan. Selepas tempoh tersebut tamat, pengguna boleh menebus semula pas baharu untuk terus menikmati penstriman tanpa caj tambahan.

Tawaran ini terbuka kepada kebanyakan pelanggan U Mobile termasuk pelan prabayar, pascabayar dan jalur lebar. Bagaimanapun, pengguna U Mobile Fibre, ULTRA Tourist dan ULTRA5G Trial tidak layak untuk menebus pas tersebut.

Sebagai tambahan, ULTRA Football Pass hanya boleh digunakan dalam negara dan tidak disokong ketika perayauan (roaming) di luar negara.

Cara tebus Ultra Football Pass

Bagi mendapatkan ULTRA Football Pass, pengguna perlu mempunyai akaun U Mobile yang aktif dan membuat penebusan melalui aplikasi MyUMobile.

Pas boleh ditebus menerusi bahagian “Add-Ons” di bawah tab “ULTRA Football Fest”, sebelum diaktifkan secara automatik sebaik sahaja proses penebusan berjaya. Pengguna juga akan menerima SMS pengesahan selepas pengaktifan selesai.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress