DJI kini melancarkan DJI Mini 2 yang merupakan pengganti kepada Mavic Mini yang diperkenalkan pada tahun lalu. Sama seperti Mavic Mini, ia masih mengekalkan saiznya yang kecil, ringan, dan mudah untuk dibawa ke mana-mana. Dron boleh lipat ini hadir dengan ciri sokongan rakaman video 4K/30fps serta boleh merakam gambar dalam format RAW berbanding hanya JPG….
Pengarang: Amalina Athman
Bagaimana Teknologi AI Boleh Mengesan COVID-19 Melalui Rakaman Bunyi Batuk?
Umum mengetahui, seseorang yang dijangkiti COVID-19 tanpa gejala (asimptomatik) boleh menyebarkan wabak ini tanpa disedari berikutan tiada tanda-tanda yang menunjukkan mereka sakit. Namun, dengan teknologi algoritma MIT Open Voice yang dibangunkan oleh sekumpulan penyelidik di MIT, ia dapat mengesan simptom COVID-19 melalui bunyi batuk. Algoritma yang menggunakan Kecerdasan Buatan (AI) ini diadaptasi daripada model pengesanan…
(Kemaskini)Celcom Sedang Mengalami Gangguan Perkhidmatan Rangkaian
Kemaskini 2.10pm: Masalah perkhidmatan rangkaian Celcom telah dibaikpulih. Bagaimanapun, pihak teknikal Celcom masih memantau prestasi rangkaian berkenaan. Pengguna dinasihatkan untuk reboot semula peranti. https://twitter.com/celcom/status/1324228889498030081?s=21 Artikel asal: Celcom hari ini mengesahkan perkhidmatan telekomunikasi syarikat itu sedang mengalami gangguan bagi rangkaian perkhidmatan. Perkara ini disahkan melalui ciapan balas akaun rasmi Celcom di Twitter. https://twitter.com/Celcom/status/1324166151824236545 Melalui tinjauan di Twitter, gangguan…
Lebih 1.3 Juta Talian Prabayar Didaftar Secara Meragukan Telah Dikesan
Sehingga Oktober 2020, sebanyak 1,377,862 talian prabayar yang didaftar secara meragukan telah dikesan. Perkara ini diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah melalui sidang Parlimen petang ini. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 920,207 talian telah ditamatkan, manakala 457,645 telah dikemaskini dengan maklumat yang sah. Audit pengesahan data ini telah dijalankan bersama Jabatan Pendaftaran…
Xiaomi Dijangka Memperkenalkan Teknologi Pengecasan Pantas 200W+ Pada Tahun Hadapan
Pada Ogos lalu, Xiaomi telah melancarkan Mi 10 Ultra yang merupakan telefon pintar pertama yang dilengkapi dengan ciri pengecasan pantas 120W. Bagaimanapun, ia hanya terhad untuk pasaran China dan tidak dijual secara rasmi di Malaysia. Terbaru, laporan dari Digital Chat Station mendedahkan Xiaomi bakal memperkenalkan pengecasan pantas 200W+ pada tahun hadapan. Ia turut menyatakan 2021…
Google Menjelaskan Isu Paparan Dan Binaan Pixel 5 Sebenarnya Adalah “Bahagian Normal Rekaan”
Pada bulan lalu, beberapa laporan dari pengguna telah mendakwa Google Pixel 5 yang diterima mempunyai masalah pada skrin paparan dan bingkai. Ia memperlihatkan terdapat jarak atau gap yang dikesan di antara skrin paparan dan binaan Pixel 5. Terbaru, Google telah menyiasat isu tersebut dan menyatakan jarak antara binaan dan paparan Pixel 5 adalah “bahagian normal rekaan”….
