Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Google Menjelaskan Isu Paparan Dan Binaan Pixel 5 Sebenarnya Adalah “Bahagian Normal Rekaan”

Posted on November 4, 2020November 4, 2020

Pada bulan lalu, beberapa laporan dari pengguna telah mendakwa Google Pixel 5 yang diterima mempunyai masalah pada skrin paparan dan bingkai.

Ia memperlihatkan terdapat jarak atau gap yang dikesan di antara skrin paparan dan binaan Pixel 5.

Terbaru, Google telah menyiasat isu tersebut dan menyatakan jarak antara binaan dan paparan Pixel 5 adalah “bahagian normal rekaan”.

masalah binaan Pixel 5

Isu tersebut tidak memberi kesan kepada penarafan kalis air dan debu IP68. Sebagai tambahan, ia juga tidak mengganggu fungsi peranti berkenaan.

Walaupun Google menjelaskan bahawa tidak ada masalah pada fungsi Pixel 5, agak menghairankan apabila hanya beberapa peranti yang terkesan. Google turut menyatakan akan menghubungi pengguna secara individu bagi menangani sebarang masalah yang dihadapi.

Sumber: Google Community via 9to5Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress