Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

DJI Mini 2 Dilancarkan – Menyokong Rakaman Video 4K, Imej RAW, Harga Bermula RM1899

Posted on November 5, 2020November 5, 2020

DJI kini melancarkan DJI Mini 2 yang merupakan pengganti kepada Mavic Mini yang diperkenalkan pada tahun lalu. Sama seperti Mavic Mini, ia masih mengekalkan saiznya yang kecil, ringan, dan mudah untuk dibawa ke mana-mana.

Dron boleh lipat ini hadir dengan ciri sokongan rakaman video 4K/30fps serta boleh merakam gambar dalam format RAW berbanding hanya JPG. Dron ini mampu diterbangkan pada jarak maksimum 4km dengan tempoh penerbangan maksimum 31 minit.

Berbanding Wi-Fi, Mini 2 didatangkan dengan sambungan tanpa wayar DJI OcuSync 2.0 yang menyokong penghantaran video HD sehingga 10km.

DJI Mini 2 dipasarkan pada harga bermula RM1899. Terdapat juga set DJI Mini 2 Fly More yang ditawarkan pada harga RM2499. Pra tempahan telah dibuka dan boleh dilakukan melalui Lazada atau Shopee.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress