Sejak beberapa hari lalu, sebilangan pengguna iPhone 14 Pro dan Pro Max melaporkan masalah di mana kamera iPhone terbaharu itu bergegar dan mengeluarkan bunyi seperti dikisar apabila membuka kamera dalam aplikasi pihak ketiga seperti Snapchat, TikTok dan Instagram. Terbaharu, Apple memaklumkan kemas kini perisian akan dilepaskan bagi membaik pulih isu tersebut. Dinyatakan, syarikat itu sedia…
Pengarang: Amalina Athman
Maybank: Pengaktifan Baharu Secure2U Akan Beralih Sepenuhnya Ke Aplikasi MAE Bermula 26 September
Maybank baru-baru ini memaklumkan semua pengaktifan baharu Secure2U akan dipindahkan secara kekal daripada aplikasi M2U MY ke aplikasi MAE, bermula 26 September 2022. Sebagai tambahan, Maybank juga menyatakan bagi mengukuhkan lagi keselamatan perbankan dalam talian, mulai Oktober 2022, ciri Secure2u pada aplikasi MAE akan dipertingkatkan dengan tempoh pengaktifan 12 jam apabila pengguna membenarkan Secure2u pada peranti…
CEO: Beberapa Syarikat Di China Berterusan Tiru Paten Huawei Tanpa Sebarang Bayaran
Huawei baru-baru ini telah menghadiri Persidangan Modal Reka Bentuk Dunia 2022. Melaluinya, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Huawei mendakwa beberapa syarikat di China yang berada di pasaran, berterusan meniru reka bentuk dan paten mereka. Sebagai tambahan, CEO Huawei berkata bahawa syarikat-syarikat tersebut mengambil tindakan sedemikian tanpa sebarang kebenaran. Mereka berulang kali menggunakan reka bentuk, paten, tema,…
Harga Google Pixel Watch Dijangka Bermula ~RM1,592
Baru-baru ini, Google mengumumkan acara pelancaran bagi Pixel 7 dan Google Pixel Watch akan diadakan pada awal Oktober depan. Terbaharu, harga Pixel Watch kini dilaporkan telah didedahkan melalui sumber peruncit. Memetik laporan 9to5Google, Pixel Watch bagi model Bluetooth/Wi-Fi dijangka bermula pada harga $349.99 (~RM1,592). {suggest} Selain harga, turut didedahkan adalah pilihan warna bagi jam pintar…
Apple Nyatakan ‘Pop-Up’ Akses Tampal Yang Kerap Muncul Pada iOS 16 Adalah ‘Tidak Dijangka’
Memetik laporan MacRumors, Apple kini telah memberikan maklum balas mengenai pop-up yang menjengkelkan dalam iOS 16, di mana ia meminta kebenaran kepada pengguna jika aplikasi ingin membenarkan akses tampal (paste) teks, imej dan banyak lagi, berulang kali. {suggest} Secara asasnya, ia merupakan langkah privasi untuk pengguna, yang memerlukan aplikasi meminta kebenaran untuk akses tampal yang mungkin melibatkan data…
Rangkaian Rockstar Diceroboh, Sahkan Rakaman ‘Gameplay’ GTA 6 Yang Tertiris
Sejak semalam, dilaporkan lebih 90 rakaman gameplay permainan video Grand Theft Auto (GTA) 6 telah tertiris melalui platform GTAForum. Terbaharu, Rockstar mengesahkan rakaman permainan video GTA 6 yang tertiris dalam talian telah dicuri daripada rangkaiannya. Melalui ciapan di Twitter pada hari ini, Rockstar memaklumkan baru-baru ini rangkaiannya telah diceroboh di mana penggodam telah memperoleh akses dan memuat…
