Machines mengumumkan ‘Warehouse Clearance’ atau jualan penghabisan gudang besar-besaran akan diadakan selama tiga hari berturut-turut. {suggest} Menurut Machines, jualan gudang itu akan diadakan di Starling Mall bermula 21-23 Jun 2024, 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Bagaimanapun, hari pertama (21 Jun 2024) hanya akan dibuka kepada ahli Machines+ sahaja, manakala dua hari berikutnya (22-23 Jun 2024)…
Pengarang: Amalina Athman
Dua Pengarah Syarikat Didenda Miliki Walkie-Talkie Tidak Diperakui
Dua pengarah syarikat baru-baru ini didenda atas pertuduhan memiliki dengan tujuan untuk menjual kelengkapan komunikasi tidak diperakui, iaitu walkie-talkie jenama Baofeng model BF-888S dan Wireless Adapter pelbagai jenama. {suggest} Kedua-dua individu itu masing-masing didenda RM5,500 dan RM2,500 selepas mengaku bersalah di hadapan Hakim Amir Shah Amir Hassan di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu. Orang Kena Saman…
NVIDIA Kini Syarikat Paling Bernilai Di Dunia
Kurang dua minggu selepas NVIDIA memintas Apple, pembuat GPU itu kini mengatasi Microsoft untuk menjadi syarikat paling bernilai di dunia. {suggest} Saham pembuat cip itu melonjak 3.51% kepada $135.58, menjadikan nilai pasarannya mencecah $3.335 trilion. Sementara permodalan pasaran Microsoft ditutup $3.317 trilion apabila sahamnya susut 0.45%. Saham Apple dan Google juga masing-masing merosot sebanyak 1.1%…
Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Guna ‘Filter’ Untuk Panggilan Video
WhatsApp sedang membangunkan ciri augmented reality (AR) atau realiti terimbuh bagi membolehkan pengguna menambah kesan khas (effect) dan filter untuk panggilan di platform pemesejan itu kelak. {suggest} Menurut WABetaInfo, kedua-dua ciri ini akan membolehkan pengguna menambah elemen interaktif pada panggilan video, selain meningkatkan pengalaman visual secara keseluruhan. Contohnya, ia dapat meningkatkan penampilan semula jadi pengguna…
TikTok Diam-Diam Lancar Whee – Aplikasi Seakan Instagram
TikTok diam-diam kini melancarkan aplikasi seumpama Instagram, dinamakan sebagai Whee. {suggest} Aplikasi Whee telah pun tersedia di peranti Android dan iOS, namun dipercayai hanya ditawarkan untuk beberapa negara terpilih, termasuk Malaysia – sekurang-kurangnya buat masa ini. Menurut penerangan di gedung aplikasi, Whee is a new social app created to keep you connected with your close…
Lebih 200 Unit Galaxy S24 Ultra Akan Digunakan Pada Pembukaan Olimpik Paris
Samsung Electronics mengumumkan rancangannya untuk memasang lebih daripada 200 unit Galaxy S24 Ultra pada upacara perasmian Sukan Olimpik Paris 2024. {suggest} Menurut Samsung, Galaxy S24 Ultra akan dipasang di hadapan (bow) dan sisi setiap daripada 85 kapal yang membawa kira-kira 10,500 atlet menyusuri Sungai Seine, pada majlis itu kelak. Ia kemudiannya akan digunakan untuk penstriman…
