Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Dua Pengarah Syarikat Didenda Miliki Walkie-Talkie Tidak Diperakui

Dua Pengarah Syarikat Didenda Miliki Walkie-Talkie Tidak Diperakui

Diterbitkan Jun 19, 2024 · Dikemas kini Jun 19, 2024 oleh Amalina Athman

Dua pengarah syarikat baru-baru ini didenda atas pertuduhan memiliki dengan tujuan untuk menjual kelengkapan komunikasi tidak diperakui, iaitu walkie-talkie jenama Baofeng model BF-888S dan Wireless Adapter pelbagai jenama.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Infrastruktur Telekomunikasi Rosak, Syarikat Pemaju Didenda RM60,000

Kedua-dua individu itu masing-masing didenda RM5,500 dan RM2,500 selepas mengaku bersalah di hadapan Hakim Amir Shah Amir Hassan di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu.

Orang Kena Saman (OKS) pertama seorang lelaki tempatan berumur 29 tahun didakwa atas dua pertuduhan di bawah Peraturan 16(1)(b) Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 kerana memiliki dengan tujuan untuk menjual lima unit walkie-talkie jenama Baofeng model BF-888S dan enam unit Wireless Adapter pelbagai jenama di Lintas Plaza, Kota Kinabalu pada 11 Oktober 2023.

Manakala OKS kedua pula seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun didakwa atas satu pertuduhan sama kerana memiliki dengan tujuan untuk menjual dua unit walkie-talkie jenama Baofeng model BF-888S.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataan memaklumkan bagi kesemua pertuduhan terbabit, OKS boleh dikenakan denda tidak melebihi RM300,000 atau dipenjarakan maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

MCMC turut mengingatkan pengguna supaya tidak melibatkan diri dengan aktiviti menjual, memiliki dan menggunakan apa-apa kelengkapan tidak diperakui. Ia bagi mengelakkan kesan buruk penggunaannya yang boleh mendatangkan impak negatif kepada pengguna.

Jelas MCMC, penggunaan kelengkapan komunikasi tidak diperakui boleh mengakibatkan gangguan kepada rangkaian telekomunikasi, kualiti perkhidmatan dan akhirnya mengundang masalah kepada pengguna lain.

Selain itu, kelengkapan berkenaan mungkin tidak berfungsi dengan baik dan mengakibatkan kualiti perkhidmatan yang rendah dan ketidakpuasan pengguna.

Lanjutan itu, pengguna disarankan untuk menyemak status pemerakuan terlebih dahulu sebelum membeli dan menggunakannya.

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY