Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TikTok Diam-Diam Lancar Whee – Aplikasi Seakan Instagram

TikTok Diam-Diam Lancar Whee – Aplikasi Seakan Instagram

Diterbitkan Jun 19, 2024 · Dikemas kini Jun 19, 2024 oleh Amalina Athman

TikTok diam-diam kini melancarkan aplikasi seumpama Instagram, dinamakan sebagai Whee.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Pesaing Instagram, TikTok Notes Mula Tersedia Untuk Pengguna Terpilih

Aplikasi Whee telah pun tersedia di peranti Android dan iOS, namun dipercayai hanya ditawarkan untuk beberapa negara terpilih, termasuk Malaysia – sekurang-kurangnya buat masa ini.

Menurut penerangan di gedung aplikasi,

Whee is a new social app created to keep you connected with your close friends through life’s spontaneous moments. Capture and share real-life photos that only your friends can see, allowing you to be your most authentic self. Whee is the best place for close friends to share life moments.

Pada asasnya, ia merupakan aplikasi seakan Instagram yang membolehkan pengguna menangkap dan berkongsi foto dengan rakan. Namun, tidak seperti Instagram, aplikasi ini dikhususkan untuk perkongsian bersama rakan sahaja – privasi perkongsian gambar untuk diri sendiri atau rakan, tiada pilihan umum.

TikTok Whee

Selain itu, hanya gambar semata-mata yang boleh dimuat naik, tanpa pilihan untuk menambah penerangan dan sebagainya. Sementara di bahagian sembang, ia juga boleh digunakan merentasi aplikasi TikTok – seakan Messenger dan Instagram.

Untuk pendaftaran masuk, Whee boleh digunakan dengan akaun TikTok sedia ada. Bagi pengguna di Malaysia yang ingin mencuba aplikasi Whee, muat turun melalui Google Play Store atau Apple App Store.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY