Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan terhadap tuntutan bayaran bagi tender perkhidmatan 1BestariNet Kementerian Pendidikan bernilai RM4 bilion yang dianugerahkan kepada YTL Communications Sdn Bhd (YTL) pada 2011. Menurut Bernama, sumbernya memaklumkan bahawa siasatan tertumpu kepada tuntutan yang mengandungi butiran palsu, melibatkan pembayaran kira-kira RM2.7 bilion. Hasil penggeledahan di pejabat kerajaan dan YTL,…
Pengarang: Amalina Athman
Nothing Phone (2a) Plus Kini Di Malaysia, Harga RM1,999
Selepas dilancarkan untuk pasaran global pada Julai lalu, Nothing hari ini mengumumkan ketibaan Phone (2a) Plus untuk pasaran Malaysia. Mengimbas spesifikasi, Phone (2a) Plus dilengkapi skrin bersaiz 6.7-inci AMOLED dengan resolusi FHD+, sokongan kadar segar semula adaptif 120Hz serta maksimum kecerahan 1,300 nit. Peranti ini dikuasakan cip pemproses Dimensity 7350 Pro dengan gandingan 12GB RAM dan 256GB storan. Bateri pula dibekalkan dengan kapasiti…
Senang Pantau Aktiviti Anak-Anak, YouTube Perkenal Ciri Baharu
YouTube melancarkan ciri pengawasan baharu yang membolehkan ibu bapa dan penjaga memautkan akaun mereka kepada akaun anak-anak melalui hab Family Center. Mula dilancarkan secara global minggu ini, hab Family Center membolehkan ibu bapa melihat aktiviti di saluran anak-anak – termasuk bilangan muat naik, langganan dan ulasan. Pemberitahuan e-mel juga akan dihantar ke kedua-dua akaun yang…
Samsung Lancarkan Telefon Pintar Mampu Milik, Galaxy A06 Pada Harga RM449
Samsung Malaysia mengumumkan kehadiran telefon pintar terbaru mampu milik, Galaxy A06. Galaxy A06 menampilkan skrin 6.7-inci PLS LCD dengan resolusi HD+ dan sokongan kadar segar semula 60Hz. Ia dikuasakan cip pemproses Helio G85 dengan gandingan 4GB RAM dan 128GB storan. Terdapat juga slot kad mikroSD untuk penambahan storan sehingga 1TB. Ia juga dilengkapi kamera belakang…
Ini Cara Tutup Komen Di Instagram Stories
Instagram kini melancarkan keupayaan untuk meninggalkan komen pada Instagram Stories. Untuk lebih jelas, Instagram sebelum ini sedia membenarkan pengguna lain membalas Stories, tetapi ia dimasukkan ke bahagian mesej peribadi. Penambahan komen ini memberikan cara lebih umum untuk membalas Stories. Bermakna, sesiapa sahaja yang melihat Instagram Stories akan dapat melihat komen yang ditinggalkan pengguna lain –…
Google ‘Circle to Search’ Tambah Sokongan Carian Lagu Seakan Shazam
Google awal tahun ini telah memperkenalkan ciri Circle to Search, membolehkan pengguna membuat carian dengan lebih cepat dan mudah tanpa perlu meninggalkan aplikasi. Terbaharu, Google kini melancarkan ciri carian lagu dengan Circle to Search – seakan aplikasi Shazam. Menerusi ciri ini, ia membolehkan pengguna membuat carian serta-merta lagu yang didengari tanpa perlu menukar aplikasi. Sama…
