Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple intelligence_WWDC_

Bloomberg: iOS 18.1 Dengan Apple Intelligence Akan Tiba Hujung Bulan Ini

Diterbitkan Oktober 7, 2024 · Dikemas kini Oktober 7, 2024 oleh Amalina Athman

Apple merancang untuk mengeluarkan iOS 18.1 dengan ciri Apple Intelligence pada 29 Oktober (waktu Malaysia), menurut Mark Gurman dari Bloomberg.

Dalam edisi terbaharu Power On, Gurman berkata tarikh keluaran itu akan tiba lebih lewat daripada jangkaan awal. Sumbernya memberitahu bahawa Apple mengambil masa tambahan untuk memastikan keluaran iOS 18.1 berjalan lancar dan membolehkan ia menyokong peningkatan trafik pada pelayan awan AI-nya.

Kemas kini ini kelak akan menawarkan versi pertama bagi ciri Apple Intelligence untuk iPhone 15 Pro dan semua model iPhone 16 – termasuk ringkasan notifikasi dan ciri “Clean Up”. Sementara kemas kini seterusnya seperti iOS 18.2 akan menambah integrasi ChatGPT dan sokongan emoji tersuai GenMoji.

Pada Mac, iOS 18.4 akan menyertakan lebih banyak peningkatan kepada pembantu digital Siri, termasuk keupayaannya untuk mengawal aplikasi dengan lebih tepat dan memanfaatkan maklumat peribadi untuk menjawab pertanyaan.

Berkaitan

  • Rasmi, Ini Sejumlah Ciri Baharu Dalam 'Apple Intelligence'
  • Ini Sebabnya Apple Intelligence Perlukan Minimum iPhone 15 Pro
  • Apple Lancar iOS 18.1 Developer Beta, Dah Boleh Cuba Apple Intelligence
  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas

Sumber: Bloomberg

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY