Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengarahkan penyedia perkhidmatan internet (ISP) untuk mengalihkan trafik perkhidmatan nama domain (DNS) yang menggunakan pelayan DNS pihak ketiga kembali ke pelayan DNS mereka sendiri. MCMC dalam kenyataannya memaklumkan hal itu bagi memastikan pengguna terus memperoleh faedah daripada perlindungan disediakan oleh penyedia DNS ISP tempatan. Selain itu, MCMC turut…
Pengarang: Amalina Athman
Digi Mungkin Alami Gangguan Perkhidmatan – CelcomDigi
Kemas kini 7 September 2024, 12.26pm: Perkhidmatan Digi kembali pulih seperti biasa. Kemaskini: Pelanggan yang dihormati, semua perkhidmatan Digi telah kembali pulih seperti biasa. Terima kasih atas kesabaran anda dan kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami. — CelcomDigi (@CelcomDigi) September 7, 2024 Artikel asal: CelcomDigi melalui notis yang dikeluarkan hari ini memaklumkan bahawa…
DJI Neo Dilancarkan – Dron Kompak, Harga Bermula RM869
Pembangun dron terkemuka, DJI kini melancarkan produk terbaharu, iaitu DJI Neo. Hadir dengan rekaan kompak, DJI Neo mempunyai berat sekitar 135gram. Dron ini boleh dikawal sepenuhnya tanpa alat kawalan jauh serta dilancarkan dan mendarat pada tapak tangan. Namun, untuk meningkatkan kawalan penerbangan dan kamera, ia boleh dipasangkan dengan aplikasi DJI Fly, alat kawalan jauh, RC…
Dakwa CEO Atas Kesalahan Pihak Ketiga Adalah Pendekatan Yang ‘Sesat’ – Durov
Pengasas Telegram, Pavel Durov, yang sedang disiasat di Perancis berkata, pihak berkuasa negara itu mengambil “pendekatan yang sesat” dengan mendakwa CEO atas jenayah yang dilakukan oleh pihak ketiga pada platform. Dalam catatan di saluran Telegramnya, Durov berkata dakwaan pihak berkuasa Perancis tidak menerima maklum balas daripada Telegram adalah mengejutkannya kerana terdapat beberapa akses untuk menghubungi…
Sony Mungkin Diam-Diam Mengacah Rekaan PlayStation 5 Pro
Selepas berbulan khabar angin, Sony mungkin baru sahaja mengacah rekaan konsol permainan baharu yang dirujuk sebagai PlayStation 5 Pro (PS5 Pro). Dalam catatan blog yang menyertakan imej Ulang Tahun ke-30 PlayStation, terdapat imej konsol permainan yang kelihatan “mencurigakan” dan tidak sepadan dengan rupa mana-mana produk PlayStation sebelum ini. Lebih menarik, ia kelihatan sama seperti kebocoran PS5…
Pejabat AI Kebangsaan Akan Mula Operasi November Ini – Gobind
Pejabat Kecerdasan Buatan (AI) Kebangsaan di bawah seliaan MyDigital Corporation dijangka akan mula beroperasi November ini. Menteri Digital Gobind Singh Deo memaklumkan semasa mesyuarat Kabinet dua minggu lalu, kerajaan telah meluluskan cadangan untuk menubuhkan Pejabat AI Kebangsaan. Gobind berkata salah satu fokus utama pejabat AI Kebangsaan adalah untuk merangka ekosistem yang memastikan Malaysia boleh menjadi…
