Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Dr Zaliha

Malaysia Teroka Peluang Kerjasama Bandar Pintar, Pelaburan Teknologi Dengan China – Zaliha

Diterbitkan Oktober 9, 2024 · Dikemas kini Oktober 9, 2024 oleh Amalina Athman

Malaysia akan meneroka peluang kerjasama bandar pintar dan pelaburan teknologi dengan China.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata beliau bersama-sama pasukan dari Jabatan Wilayah Persekutuan akan ke tiga bandar utama iaitu Hangzhou, Shanghai dan Shenzen.

Dalam pertemuan dengan Datuk Bandar Hangzhou Yao Gaoyuan, beliau telah menyatakan minat Kuala Lumpur untuk memperkukuhkan hubungan ekonomi dan meneroka peluang pelaburan yang berpotensi dengan Hangzhou bagi manfaat bersama.

Lawatan ke Hangzhou adalah rentetan daripada kerjasama melalui Letter of Intent (surat hasrat) antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Kerajaan Perbandaran Hangzhou yang telah ditandatangani pada April lalu terkait projek KL20.

Di Shanghai, lawatan akan memfokuskan kepada potensi kerjasama bandar kembar antara Putrajaya dan Shanghai yang telah dibentangkan kepada Jemaah Menteri sebelum ini.

Sementara di Shenzen, Dr Zaliha berkata akan menumpukan kepada kerjasama dengan pemain industri terkemuka dalam bidang teknologi seperti Huawei. Tambahnya, Huawei baru-baru ini telah menyatakan hasrat untuk melabur di Labuan dalam teknologi bandar pintar.

Selain Huawei, perbincangan juga akan diadakan bersama syarikat teknologi lain seperti Tencent, BYD dan Baidu.

Berkaitan

  • Oracle Akan Labur Lebih RM27 Bilion Di Malaysia
  • Malaysia Akan Beralih Daripada Protokol Internet Versi 4 (IPv4) Kepada IPv6 
  • Nilai Pelaburan Dari 4 Syarikat Teknologi Ini Di Malaysia Sahaja Sudah Cecah RM70 Bilion
  • Stok Terhad: Barang Elektronik Murah di Shopee – Jangan Lepaskan Peluang!

Sumber: BERNAMA (1, 2)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY