WhatsApp kini sedang menguji ciri yang membolehkan pengguna berkongsi pelekat yang disertakan bunyi (sound sticker) untuk Android. Berbeza dengan pelekat biasa yang memaparkan imej statik atau animasi tanpa bunyi, pelekat ini disertakan dengan klip audio pendek. Ikon audio pada pelekat akan menunjukkan bahawa ia mempunyai bunyi, dan penerima hanya perlu kliknya untuk memainkan audio tersebut….
Pengarang: Amalina Athman
Presiden Microsoft Gesa Peraturan Global AI – Dakwa Mesin Basuh Ada Lebih Banyak Peraturan Keselamatan
Presiden Microsoft, Brad Smith, menggesa supaya peraturan global bagi kecerdasan buatan (AI) diwujudkan segera kerana teknologi itu ketika ini tertakluk kepada keperluan keselamatan yang lebih longgar berbanding produk harian seperti susu dan mesin basuh. Seperti dilaporkan Reuters, Smith dalam temu bual bersama BBC berkata peraturan keselamatan yang seragam di peringkat global perlu diwujudkan, termasuk penggunaan penilai…
Meta Perkenal Muse Wonder Dan Muse Wonder Full – Model AI Baharu Untuk Saingi Anthropic, OpenAI
Meta kini memperkenalkan siri Muse Wonder yang terdiri daripada dua model kecerdasan buatan (AI) baharu, Muse Wonder dan Muse Wonder Full. Menurut Meta, kedua-duanya merupakan model paling berkeupayaan setakat ini, dengan prestasi termaju dalam tugasan berasaskan ejen AI untuk kegunaan peribadi dan profesional, daripada membantu pengguna melalui proses tuntutan insurans dan memahami perjanjian pajakan hingga…
KKM Lancar MyLapor, Pengguna Kini Boleh Buat Aduan Kesalahan Berkaitan Produk Merokok Melalui 3 Cara
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini memperkenalkan sistem MyLapor sebagai saluran aduan digital yang membolehkan orang awam melaporkan kesalahan di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852). Menerusi MyLapor, pengguna boleh mengemukakan aduan melalui tiga kaedah, iaitu menggunakan aplikasi MySejahtera, mengimbas kod QR MyLapor atau mengakses pautan kkmhub.moh.gov.my/mylapor/public. Antara kesalahan yang boleh…
Sistem, Perkhidmatan Utama Tabung Haji Kembali Beroperasi – 3 Fungsi THiJARI Masih Belum Aktif
Lembaga Tabung Haji (TH) kini memaklumkan sistem dan perkhidmatan utamanya telah kembali beroperasi selepas pemeriksaan keselamatan menyeluruh, pengukuhan kawalan dan langkah pemulihan sistem dilaksanakan susulan serangan siber yang menjejaskan perkhidmatannya. Bagaimanapun, tiga fungsi THiJARI masih belum boleh digunakan, iaitu penetapan semula kata laluan, pendaftaran pengguna baharu dan pembukaan akaun secara dalam talian. Menurut TH, ketiga-tiga fungsi…
Time Internet Tawar Peningkatan Kelajuan Percuma Sehingga 31 Oktober 2026
Time Internet kini menawarkan peningkatan kelajuan internet secara percuma kepada pengguna yang layak sehingga 31 Oktober 2026. Di bawah tawaran ini, kelajuan pelan 200Mbps akan ditingkatkan kepada 300Mbps, manakala pelanggan pelan 600Mbps akan menikmati kelajuan sehingga 800Mbps. Time memaklumkan tawaran ini diperkenalkan bagi membantu pelanggan yang lebih banyak menghabiskan masa di rumah ketika jerebu, termasuk pengguna…
