Sekumpulan senator Amerika Syarikat menggesa Apple untuk tidak meneruskan rancangan mendapatkan cip memori daripada syarikat semikonduktor China, CXMT dan Yangtze Memory Technologies (YMTC), walaupun cip tersebut hanya digunakan pada produk untuk pasaran China. Memetik laporan Bloomberg, dalam surat yang dihantar kepada CEO Apple, Tim Cook, para senator berkata kedua-dua syarikat itu telah disenaraikan Pentagon sebagai…
Pengarang: Amalina Athman
Google Lancar Lyria 3.5 – Kualiti Vokal, Melodi Dan Lirik Kini Lebih Baik
Google hari ini melancarkan Lyria 3.5, model penjanaan muzik terbaharunya yang kini tersedia dalam Google Flow Music. Model baharu ini hadir dengan pelbagai peningkatan bagi membantu pengguna menghasilkan lagu yang lebih berkualiti. Menurut Google, Lyria 3.5 mampu menghasilkan melodi yang lebih ‘kaya’, kompleks dan kedengaran lebih semula jadi berbanding versi sebelumnya. Dari segi lirik pula,…
Pertama Di Malaysia, UTeM Tawar Program Sarjana Muda Teknologi Perkomputeran Kuantum
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menjadi universiti pertama di Malaysia yang menawarkan program Sarjana Muda Sains Komputer (Teknologi Perkomputeran Kuantum). Menurut Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Ts. Dr. Massila Kamalrudin, program baharu itu dibangunkan bagi melahirkan graduan yang menguasai pengetahuan teori serta kemahiran praktikal dalam teknologi perkomputeran kuantum, sekali gus memenuhi keperluan negara terhadap tenaga…
Kerajaan Selangor Akan Bantu 400 Pekerja Terjejas Akibat Penutupan Kilang Panasonic
Kerajaan Negeri Selangor dijangka menerima maklumat terperinci berhubung nasib kira-kira 400 pekerja yang dijangka terjejas susulan penutupan operasi kilang pengeluaran televisyen oleh Panasonic AVC Networks Kuala Lumpur Malaysia Sdn Bhd (PAVCKM). Memetik laporan Bernama, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata langkah itu akan membolehkan intervensi sewajarnya dilaksanakan menerusi kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)…
OPPO Reno16 Kini Hadir Dengan Varian 512GB, Harga RM3,499
OPPO kini mengumumkan penambahan baharu dalam barisan siri Reno16 menerusi varian 12GB RAM + 512GB storan yang dijual pada harga RM3,499. Varian baharu ini hadir dalam pilihan warna Twilight Violet dan Pop White. Bersempena pelancarannya, OPPO turut menawarkan rebat RM200, Kotak Hadiah Eksklusif Siri Reno16 serta pelan perlindungan skrin selama setahun bagi setiap pembelian yang…
Amazon Leo Rancang Lancar Sehingga 5,105 Satelit Untuk Sambungan Terus Ke Telefon Pintar
Amazon mengumumkan rancangan untuk memperluaskan projek satelitnya menerusi Amazon Leo Direct-to-Device (D2D), yang membolehkan telefon pintar dan peranti mudah alih disambungkan terus ke satelit tanpa bergantung sepenuhnya kepada menara telekomunikasi. Bagi merealisasikan perkara itu, Amazon telah memfailkan permohonan kepada Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan Amerika Syarikat (FCC) untuk melancarkan sehingga 5,105 satelit orbit rendah Bumi (LEO). Pelancaran…
