Google kini mengumumkan Pixel 9a, telefon pintar kelas pertengahan yang mampu milik sebagai pelengkap kepada barisan utama Pixel 9. Menyentuh spesifikasi, Pixel 9a menampilkan paparan OLED berukuran 6.3-inci dengan sokongan kadar segar semula 60-120Hz, maksimum kecerahan 2,700 nit serta perlindungan Corning Gorilla Glass 3. Peranti ini dijana cip pemproses Google Tensor G4 dengan cip sekuriti…
Pengarang: Amalina Athman
Halaman Pembayaran Dalam Talian Maybank2u Bakal Berwajah Baharu, Ini Yang Berubah
Maybank kini memaklumkan bahawa halaman pembayaran dalam talian Maybank2u melalui FPX bakal berwajah baharu, bermula 31 Mac 2025. Menurut Maybank, perubahan ini selari dengan peralihan secara berperingkat FPX (Financial Process Exchange) kepada DuitNow Online Banking/Wallet (DOBW), iaitu perkhidmatan pembayaran terkini yang diperkenalkan oleh Payments Network Malaysia Sdn. Bhd. (PayNet). Sebagai rujukan, DOBW merupakan alternatif pembayaran…
WhatsApp Bangunkan Ciri Kongsi Lagu Spotify Dalam Status
Sebelum ini, WhatsApp telah memperkenalkan ciri perkongsian muzik dalam kemas kini Status, membolehkan pengguna melayari katalog muzik dari Meta – sama seperti di Instagram dan Facebook. Dalam perkembangan terbaru, WhatsApp dilapor sedang membangunkan ciri perkongsian muzik dari Spotify terus ke Status. Seperti ditunjukkan dalam tangkap layar, pengguna yang ingin berkongsi muzik dari Spotify akan melihat…
Google Perkenal Dua Ciri Baharu Gemini – Canvas, Audio Overview
Google kini melancarkan dua ciri baharu untuk pembantu kecerdasan buatan (AI) Gemini, iaitu Canvas dan Audio Overview. Canvas memperkenalkan ruang kerja khas dalam Gemini, di mana pengguna boleh mencipta, menyunting dokumen serta kod secara langsung. Pengguna boleh menghasilkan draf awal dan menggunakan maklum balas daripada Gemini untuk menyunting bahagian tertentu, menyesuaikan nada atau format semula…
Kemas Kini One UI 7 Akan Tersedia Di Malaysia Mulai 14 April
Samsung kini mengumumkan bahawa pelancaran rasmi One UI 7 di Malaysia akan bermula pada 14 April 2025. One UI 7 hadir dengan antara muka baharu yang direka khusus untuk kecerdasan buatan (AI), membolehkan pengguna berinteraksi dengan peranti Galaxy secara lebih semula jadi berbanding sebelum ini. Antara ciri baharu yang diperkenalkan termasuk AI Select, Writing Assist,…
Apple Dedahkan Kelemahan Keselamatan Aplikasi ‘Passwords’ Sebelum iOS 18.2
Dalam iOS 18, Apple telah mengasingkan alat pengurusan kata laluan yang sebelum ini hanya tersembunyi di bahagian ‘Settings’, kepada aplikasi kendiri yang dinamakan Passwords. Kini, didedahkan bahawa pepijat HTTP yang serius telah menyebabkan pengguna Passwords berisiko terhadap serangan pancingan data selama hampir tiga bulan, bermula dari pelancaran awal iOS 18 sehingga tampalan diperkenalkan dalam iOS…
