OpenAI hari ini melancarkan dua model penaakulan AI baharu dalam o-series, iaitu o3 dan o4-mini. Menurut OpenAI, o3 merupakan model penaakulan paling berkuasa yang merentasi pelbagai bidang seperti pengekodan, matematik, sains, persepsi visual dan banyak lagi. Sementara o4-mini pula adalah model lebih kecil yang dioptimumkan untuk penaakulan lebih pantas dan kos efektif. Model ini mampu…
Pengarang: Amalina Athman
iOS 18.4.1 Dikeluarkan Dengan Dua Tampalan Keselamatan Penting
Apple hari ini mengeluarkan kemas kini iOS 18.4.1 dan iPadOS 18.4.1 bagi membaiki dua kelemahan keselamatan utama. Menurut Apple, pihaknya menyedari mengenai laporan bahawa kelemahan tersebut mungkin telah dieksploitasi secara aktif dalam “serangan yang sangat canggih” terhadap individu tertentu pada iOS. Dua kerentanan yang dikenal pasti melibatkan CoreAudio (CVE-2025-31200) dan RPAC (CVE-2025-31201), dengan kedua-dua pepijat…
China Dikenakan Tarif Sehingga 245%? Ini Mungkin Penjelasannya
Helaian fakta yang diterbitkan oleh Rumah Putih pada hari ini telah menimbulkan kekeliruan mengenai kadar tarif yang dikenakan ke atas barangan import dari China, dengan beberapa laporan mendakwa ia kini mencecah 245%. Namun, data terkini yang dikumpul menunjukkan bahawa angka tersebut mungkin merujuk kepada kesan keseluruhan daripada beberapa tarif yang dikenakan ke atas produk tertentu,…
Ciri Baharu ChatGPT Kini Mudahkan Pengguna Akses Semua Imej Dijana
OpenAI hari ini memperkenalkan satu lagi ciri baharu dalam ChatGPT, iaitu galeri imej terbina yang membolehkan pengguna mengakses semula semua imej yang pernah dijana dengan lebih mudah. Ciri ini tersedia kepada semua pengguna ChatGPT, termasuk versi percuma, Plus dan Pro pada kedua-dua platform mudah alih dan chatgpt.com. Dalam satu video ringkas, OpenAI menunjukkan cara ciri…
HONOR Power Dilancarkan Dengan Bateri 8,000mAh, Snapdragon 7 Gen 3
HONOR kini memperkenalkan barisan telefon pintar baharu yang dinamakan “Power”. Model pertama dalam siri ini, HONOR Power, dilancarkan dengan bateri sebesar 8,000mAh bersama sokongan pengecasan 66W. Peranti ini dilengkapi paparan OLED berukuran 6.78-inci dengan sokongan kadar segar semula 120Hz serta maksimum kecerahan 4,000 nit. Dari segi prestasi, HONOR Power dikuasakan cip Snapdragon 7 Gen 3 bersama…
Google Tamatkan Sokongan Tampalan Keselamatan Untuk Android 12
Google kini menghentikan kemas kini keselamatan untuk Android 12, menjadikan peranti lama tidak lagi menerima tampalan keselamatan – kecuali jika dikemas kini ke versi sistem operasi yang lebih baharu. Setiap bulan, Google mengeluarkan buletin keselamatan baharu untuk Android yang mengandungi pelbagai pembetulan keselamatan, termasuk untuk versi Android terkini serta versi sebelumnya. Walau bagaimanapun, bermula dengan tampalan…
