Sambungan HTTP yang tidak selamat boleh mendedahkan pengguna kepada risiko seperti perisian hasad, pancingan data (phishing) dan pengintipan komunikasi. Dalam keadaan tertentu, penyerang juga boleh menyuntik kandungan berniat jahat ke dalam sesi pelayaran tanpa disedari pengguna. Bagi mengurangkan risiko tersebut, Google kini melancarkan perubahan yang membolehkan Chrome meminta kebenaran pengguna secara jelas sebelum membuat sambungan…
Pengarang: Amalina Athman
Penjawat Awam Berdepan Tindakan Disiplin Jika Langgar Arahan Guna Waze – KP MKN
Penjawat awam boleh dikenakan tindakan tatatertib sekiranya didapati melanggar arahan larangan penggunaan aplikasi navigasi Waze yang berkuat kuasa serta-merta, kata Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Raja Nushirwan Zainal Abidin. Memetik laporan Bernama, beliau berkata pelaksanaan arahan yang dikeluarkan menerusi surat edaran Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar itu dipantau…
Dua Pepijat Kritikal PHP2Shell Boleh Dieksploitasi – NACSA Gesa Organisasi Kemas Kini Segera
Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) melalui Pusat Penyelarasan dan Kawalan Siber Negara (NC4) kini mengeluarkan amaran mengenai dua kerentanan kritikal dalam PHP yang membolehkan penyerang melaksanakan kod pada pelayan web tanpa perlu mengesahkan identiti terlebih dahulu. Dikenali secara kolektif sebagai PHP2Shell, kedua-dua kelemahan itu dikenal pasti melalui CVE-2026-109618 dan CVE-2026-109619. Pasukan keselamatan PHP telah mengeluarkan…
Aplikasi TuJu Alami Gangguan Teknikal – Langkah Pemulihan, Tambah Baik Sistem Sedang Dilaksana
Aplikasi TuJu kini sedang mengalami gangguan teknikal susulan peningkatan ketara jumlah pengguna selepas saranan Perdana Menteri untuk mempertimbangkan penggunaan aplikasi navigasi tempatan. Dalam kenyataan hari ini, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan pihaknya bersama penyedia aplikasi, Prosignal Consortium Sdn. Bhd. (PCSB), sedang mengenal pasti punca gangguan, memulihkan kestabilan sistem dan meningkatkan keupayaan aplikasi bagi menampung pertambahan…
Perkhidmatan Dalam Talian TH-Maybank Islamic Kembali Beroperasi – Tabung Haji
Lembaga Tabung Haji (TH) kini memaklumkan perkhidmatan dalam talian antara TH dan Maybank Islamic kembali beroperasi, membolehkan pendeposit meneruskan transaksi seperti biasa melalui perkhidmatan berkenaan. Bagaimanapun, TH berkata penyambungan semula perkhidmatan dengan bank rakan strategik lain masih menunggu pengesahan daripada pihak bank terlibat. Dalam kenyataan berasingan, Maybank turut memaklumkan perkhidmatan TH sudah boleh diakses melalui…
Google Maps Di Apple CarPlay Kini Mula Terima Gemini AI
Google mula membawa pembantu AI Gemini ke navigasi Google Maps pada Apple CarPlay, membolehkan pengguna berinteraksi dengan pembantu AI itu terus melalui paparan dalam kereta. Melalui ciri ini, pengguna boleh mengajukan soalan secara perbualan ketika menggunakan navigasi, termasuk mencari tempat menarik untuk dikunjungi, mendapatkan maklumat tentang sesuatu lokasi dan meminta laluan yang mengelakkan jalan bertol….
