Kerajaan menggalakkan penggunaan aplikasi navigasi tempatan TuJu sebagai alternatif kepada Waze. Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata langkah itu dicadangkan berikutan penelitian terhadap risiko keselamatan maklumat dan data pergerakan rakyat berkaitan penggunaan aplikasi Waze, yang terikat di bawah undang-undang Israel. “Kita tidak boleh berkompromi dalam soal keselamatan data dan identiti rakyat. Justeru, Kerajaan memperkukuh ekosistem…
Pengarang: Amalina Athman
Permohonan Gantian MyKad Kini Boleh Dibuat Melalui Aplikasi MyGOV
Permohonan gantian MyKad kini boleh dibuat secara dalam talian menerusi aplikasi MyGOV Malaysia, membolehkan orang ramai memulakan urusan tanpa perlu hadir ke kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Perkhidmatan ini merangkumi empat jenis permohonan, iaitu gantian biasa bagi MyKad baharu, gantian kad yang mengalami kerosakan fizikal, gantian akibat kerosakan cip serta gantian MyKad yang hilang buat…
ECRL Tawar Diskaun 30% Tiket Ekonomi Selama Sebulan – Operasi Dijangka Bermula 12 Disember
Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) akan menawarkan diskaun 30% bagi tiket kelas Ekonomi Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) selama sebulan bersempena dengan pembukaan perkhidmatan itu pada 12 Disember ini. Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata diskaun tersebut hanya ditawarkan kepada pengguna yang tidak menikmati tambang konsesi, dan bukan potongan tambahan kepada tiket konsesi sedia ada….
Kerajaan Teliti Perluas Pengesahan Umur Kepada Platform Permainan Dalam Talian – Fahmi
Kerajaan akan meneliti kesesuaian untuk memperluas pelaksanaan pengesahan identiti secara elektronik (eKYC) dan pengesahan umur kepada platform permainan dalam talian seperti Roblox. Memetik laporan Bernama, Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata langkah itu akan mengambil kira pelbagai aspek, termasuk penglibatan pengguna bawah umur serta risiko platform berkenaan disalahgunakan oleh kumpulan pelampau, ekstremis dan pihak…
AS Arah Agensi Kerajaan Henti Guna DeepSeek, Bimbang Data Sensitif Dipindahkan Ke China
Kerajaan Amerika Syarikat (AS) pada Isnin mengarahkan agensi kerajaannya supaya menghentikan penggunaan alat kecerdasan buatan (AI) dari syarikat pemula China, DeepSeek, ketika kedua-dua negara bersaing untuk menguasai sektor yang berkembang pesat itu. Arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri AS (DHS) itu melibatkan produk yang dibangunkan oleh DeepSeek serta alat pihak ketiga yang menggunakan teknologinya….
Spotify Perketat Pengesahan Premium Family – Gagal Sahkan Tak Boleh Sertai Pelan Family, Duo Lain Setahun
Spotify dilaporkan memperketat penguatkuasaan peraturan perkongsian Premium Family dengan meminta sesetengah ahli mengesahkan alamat kediaman bagi memastikan mereka tinggal bersama pengurus pelan. Mula dilaporkan Android Authority, beberapa pengguna Reddit menyatakan telah menerima permintaan untuk mengesahkan semula alamat kediaman bagi pelan Premium Family melalui imbasan kod QR. Menerusi halaman sokongannya, Spotify menjelaskan hanya sesetengah ahli Premium…
