Sebelum ini, Google telah memperkenalkan ciri AI Mode dalam Search khusus untuk pengguna di Amerika Syarikat, United Kingdom dan India. Bermula hari ini, pengalaman carian berasaskan AI itu diperluaskan ke seluruh dunia, meliputi 180 negara dan wilayah dalam bahasa Inggeris. Dengan AI Mode, pengguna boleh mengemukakan apa-apa pertanyaan dan mendapat respons yang dikuasakan kecerdasan buatan…
Pengarang: Amalina Athman
CelcomDigi Tawar Hadiah Percuma Untuk Prapesan Pixel 10, Jimat Sehingga RM4,653
Pengguna CelcomDigi kini boleh membuat prapesan untuk siri telefon pintar terbaharu Google Pixel 10, termasuk Pixel 10, Pixel 10 Pro dan Pixel 10 Pro XL melalui Easy360 dengan pelan CelcomDigi ONE dan Postpaid 5G. Dikuasakan cip Google Tensor G5, siri Pixel 10 hadir dengan prestasi lebih canggih, kamera yang hebat serta Gemini AI terbina. Prapesan…
Ini Cara Semak Status Kelayakan SARA RM100 ‘One-Off’
Bermula hari ini, seramai 22 juta pemegang MyKad warganegara Malaysia boleh menyemak status kelayakan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Seperti diumumkan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim, bantuan SARA secara one-off sebanyak RM100 ini akan dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima mulai 31 Ogos. Bantuan tersebut boleh dibelanjakan untuk pembelian barangan asas bermula tarikh sama sehingga…
Apple Watch Dengan Ciri Oksigen Darah Dibenar Import, Masimo Saman Kastam AS
Minggu lalu, Apple mengumumkan ciri pemantauan oksigen dalam darah yang ‘direka semula’ pada Apple Watch untuk pasaran Amerika Syarikat. Ramai menjangkakan Masimo, syarikat teknologi perubatan yang sebelum ini menyaman Apple berhubung paten ciri berkenaan, akan mengambil langkah susulan. Jangkaan itu menjadi nyata apabila Masimo kini memfailkan saman terhadap Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat…
Apple Lancar iOS 18.6.2 Dengan Tampalan Keselamatan Penting
Kurang seminggu selepas pelancaran iOS 18.6.1, Apple hari ini mengeluarkan kemas kini iOS 18.6.2 yang menumpukan kepada tampalan kelemahan keselamatan kritikal. Apple menyatakan bahawa iOS 18.6.2 menampal kelemahan keselamatan yang “mungkin telah dieksploitasi dalam serangan canggih terhadap individu tertentu.” Kelemahan ini ditemui oleh Apple sendiri, bukan oleh penyelidik keselamatan pihak ketiga. Isu ini menjejaskan rangka…
Jawapan Kepada ‘MagSafe’, Google Perkenal Pixelsnap
Google kini memperkenalkan “MagSafe” versinya sendiri, Pixelsnap, yang membolehkan aksesori magnetik itu berfungsi dengan lancar pada siri Pixel 10. Pengumuman ini dibuat hampir lima tahun selepas Apple memperkenalkan pelbagai aksesori magnetik melalui pelancaran iPhone 12 pada 2020. Snap to it. Literally.#Pixelsnap is our new magnetic technology which is built into every #Pixel10 phone, so you…
