Huawei kini melancarkan siri Mate 80 di China, merangkumi Mate 80, Mate 80 Pro, Mate 80 Pro Max dan Mate 80 RS. Keseluruhan barisan Mate 80 hadir dengan peningkatan ketara pada paparan, prestasi serta ciri kamera, selain menjalankan HarmonyOS 6 yang menawarkan antara muka baharu dan penambahbaikan ciri AI. Semua model juga menyokong komunikasi satelit,…
Pengarang: Amalina Athman
Crocs Edisi Terhad Tampil Dengan Rekaan Alat Kawalan Xbox
Microsoft kini tampil dengan Crocs edisi terhad bertema Xbox. Dijual di Amerika Syarikat pada harga $80 (~RM330), Xbox Classic Clogs menggabungkan rekaan alat kawalan ikonik Xbox, lengkap dengan butang X, Y, B, A, D-pad, joystick kiri dan kanan, serta butang putih Xbox dan bumper di sisi. Logo Xbox turut kelihatan pada tali di pergelangan kaki,…
Apple Buang Sejumlah Jawatan Dalam Organisasi Jualan
Apple mengesahkan baru-baru ini ia telah memberhentikan sejumlah jawatan dalam pasukan jualannya sebagai langkah untuk memperkukuh penglibatan dengan pelanggan. Menurut laporan Bloomberg, pekerja terjejas termasuk pengurus akaun yang menguruskan perniagaan utama, sekolah dan agensi kerajaan, serta kakitangan yang mengendalikan pusat taklimat Apple untuk perjumpaan institusi dan demonstrasi produk. “Untuk berhubung dengan lebih ramai pelanggan, kami sedang membuat…
Amazon Perkenal Leo Ultra – Internet Satelit Terpantas, Kelajuan Sehingga 1Gbps
Amazon kini mengumumkan Leo Ultra, antena pertama untuk perkhidmatan internet satelitnya. Ia diperkenalkan melalui pratonton tertutup untuk pelanggan perusahaan terpilih, sebelum pelancaran komersial yang dijangka tahun depan. Menurut Amazon, Leo Ultra merupakan “terminal pelanggan terpantas dalam pengeluaran” yang menawarkan kelajuan muat turun sehingga 1Gbps dan muat naik sehingga 400Mbps secara serentak. Leo Ultra turut menyokong perkhidmatan…
KPDN Lancar Aplikasi ezTTPM, Mudahkan Pengguna Fail Tuntutan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) kini melancarkan sistem aplikasi ezTTPM bagi Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM). Menurut KPDN, inisiatif digital ini direka untuk memperkukuh keadilan pengguna serta memanfaatkan teknologi bagi memudahkan rakyat mendapatkan khidmat dan perlindungan yang lebih efisien. Melalui aplikasi ini, pengguna boleh memfailkan tuntutan, memuat naik dokumen sokongan dan…
Ciri Sembang Kumpulan Dalam ChatGPT Kini Tersedia Di Malaysia
OpenAI kini melancarkan ciri group chat atau sembang kumpulan dalam ChatGPT secara global, termasuk di Malaysia. Melalui ciri ini, berbilang pengguna boleh berinteraksi dan bekerjasama dengan ChatGPT dalam satu perbualan yang sama. OpenAI mula menguji ciri ini dengan sebilangan pengguna di pasaran terpilih pada pertengahan November. Susulan maklum balas positif, ciri ini kini diperluaskan kepada semua…
