Paramount Skydance bakal mengambil alih Warner Bros. Discovery (WBD) melalui perjanjian penggabungan bernilai sekitar AS$110 bilion. Sebelum ini, WBD pernah menandatangani perjanjian bernilai kira-kira AS$82.7 bilion untuk menggabungkan sebahagian perniagaan (Warner Bros.) dengan Netflix. Namun, Paramount meneruskan usaha pengambilalihan secara agresif melalui beberapa tawaran susulan. Usaha tersebut akhirnya membuahkan hasil apabila WBD menilai tawaran terakhir daripada Paramount…
Pengarang: Amalina Athman
Log Masuk Tunggal MyJPJ Dengan MyDigital ID Dilanjutkan Lagi, Kini 1 Mei 2026
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) hari ini memaklumkan pelaksanaan log masuk tunggal aplikasi MyJPJ menggunakan MyDigital ID sekali lagi dilanjutkan, kini sehingga 1 Mei 2026. Sehingga tarikh baharu tersebut, pengguna masih boleh menggunakan kaedah sedia ada untuk log masuk ke aplikasi MyJPJ, tanpa sebarang perubahan. Walaupun tarikh pelaksanaan terus dilanjutkan, pengguna disaran mendaftar MyDigital ID lebih…
Infinix NOTE 60 Pro Kini Rasmi, Harga Bermula RM1,199
Infinix secara rasmi kini melancarkan telefon pintar terbaru, Infinix NOTE 60 Pro, untuk pasaran Malaysia. Infinix NOTE 60 Pro dilengkapi skrin 6.78-inci AMOLED 1.5K Ultra HDR dengan sokongan kadar segar semula 144Hz dan maksimum kecerahan 4,500 nits. Peranti ini dikuasakan cip Snapdragon 7s Gen 4 bersama konfigurasi memori sehingga 12GB RAM dan 256GB storan. Bagi memastikan…
WhatsApp Mula Paparkan Iklan Dalam Status Kepada Semua Pengguna
Pada Jun tahun lalu, WhatsApp telah memperkenalkan ciri iklan dalam Status dan Saluran yang Dipromosikan (Promoted Channels), membawakan kandungan tajaan terus ke dalam tab Updates. Pada awalnya, kandungan tajaan hanya tersedia untuk sebilangan pengguna di beberapa negara terpilih. Kini, WhatsApp mengumumkan ciri ini tersedia secara global. Ini bermakna, pengguna mungkin akan mula melihat iklan dalam tab…
iPhone, iPad Peranti Pengguna Pertama Disahkan Boleh Kendali Maklumat Sulit NATO
Apple mengumumkan iPhone dan iPad menjadi peranti pengguna pertama dan satu-satunya yang memenuhi keperluan jaminan keselamatan maklumat negara-negara NATO (Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara). Dengan pengiktirafan ini, kedua-dua peranti boleh digunakan untuk mengendalikan maklumat sulit pada tahap “NATO restricted” tanpa memerlukan perisian tambahan atau tetapan khas. Sebelum ini, iPhone dan iPad telah menerima kelulusan untuk mengendalikan…
Netflix Tarik Diri, Tolak Tingkatkan Tawaran Ambil Alih Warner Bros.
Netflix hari ini mengumumkan syarikat itu menolak untuk meningkatkan tawaran bagi pengambilalihan Warner Bros. Keputusan ini dibuat selepas Warner Bros. Discovery (WBD) memaklumkan bahawa cadangan terkini Paramount Skydance merupakan “Superior Proposal” di bawah terma perjanjian penggabungan sedia ada WBD dengan Neflix. Menurut kenyataan CEO bersama Netflix, Ted Sarandos dan Greg Peters, tawaran asal Netflix sebenarnya…
