Apple secara tidak sengaja mula melancarkan ciri Apple Intelligence di China walaupun belum mendapat kelulusan rasmi daripada pihak berkuasa negara itu, lapor Mark Gurman dari Bloomberg.
Sebahagian pengguna di China mendapati ciri tersebut telah disenaraikan sebagai tersedia dan aktif dalam tetapan iPhone. Namun begitu, menurut Gurman, perkara itu sebenarnya berlaku akibat kesilapan.
Beliau menjelaskan Apple tidak mungkin akan melancarkan Apple Intelligence di pasaran utamanya tanpa sebarang pengumuman rasmi, apatah lagi pada waktu tengah malam waktu tempatan.
Selain itu, ciri tersebut ketika ini menggunakan carian imej terbalik Google, sedangkan Google diharamkan di China, menjadikan pelancarannya lebih rumit.
Apple Intelligence launched in China in error – it’s been ready to go for months but Apple doesn’t yet have regulatory approval. There’s no imminent launch and this isn’t tied to the iOS 26.5 beta. Apple has pulled it offline. https://t.co/9pNooWGJyM
— Mark Gurman (@markgurman) March 30, 2026
Gurman menambah ciri ini tidak akan dilancarkan dalam masa terdekat, tiada dalam iOS 26.5 beta, dan Apple telah menarik balik ciri tersebut daripada talian. Bagaimanapun, sebilangan pengguna mendakwa ia masih boleh diakses beberapa jam lalu.
No, Apple have not pulled it offline. It is still there, I enabled and downloaded Apple Intellgence a few minutes ago.
— Vincent Chan 🇺🇦 (@VincentChan24) March 31, 2026
Sehingga kini, Apple masih belum dapat melancarkan ciri Apple Intelligence di China berikutan negara itu mengenakan sekatan terhadap teknologi AI asing.
Apple bekerjasama dengan Alibaba untuk menyokong keupayaan Apple Intelligence, tetapi masih perlu mendapatkan kelulusan daripada Pentadbir Ruang Siber China (CAC). CAC perlu menguji dan meluluskan semua model AI sebelum perkhidmatan itu boleh dilancarkan di China, dan proses ini dilaporkan mengalami kelewatan.
Buat masa ini, tarikh sebenar pelancaran Apple Intelligence di China masih belum jelas.
{suggest}
