Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Audi Concept C

Audi Perkenal Concept C, EV Sport Futuristik Dua Tempat Duduk

Diterbitkan September 3, 2025 · Dikemas kini September 3, 2025 oleh ariff bukhari

Audi memperkenalkan Audi Concept C, sebuah kereta sport elektrik dua tempat duduk yang menjadi lambang falsafah reka bentuk baharu jenama tersebut, “Yang Radikal Seterusnya”.

Konsep ini menekankan kesederhanaan radikal, ketepatan teknikal, kecerdasan, dan emosi sebagai tunjang utama identiti baharu Audi.

Audi Concept C
Sudut pandang belakang Audi Concept C.

Model ini menampilkan “bingkai menegak” di bahagian hadapan, diinspirasikan daripada model  Auto Union Type C (1936) dan Audi A6 generasi ketiga (2004).

Auto Union Type C
Auto Union Type C
Audi Perkenal Concept C, EV Sport Futuristik Dua Tempat Duduk
Audi A6 Gen 3 (2004).

Concept C turut hadir dengan lampu empat elemen mendatar sebagai identiti visual baharu generasi Audi seterusnya siang dan malam.

Ia turut dilengkapi bumbung elektrik boleh disimpan, memberikan pengalaman pemanduan bumbung terbuka tanpa mengorbankan bentuk monolitik kereta ini.

Audi Concept C
Audi Concept C

Bahagian dalamannya pula menonjolkan bahan premium seperti aluminium, kawalan fizikal dengan ciri “Audi click”, pencahayaan ambien semula jadi, serta skrin tengah bersaiz 10.4 inci yang boleh lipat.

Semua elemen ini disusun untuk mencipta pengalaman intuitif tanpa gangguan.

Audi Concept C
Audi Concept C

Dari segi spesifikasi, Audi Concept C berukuran 4,520 mm panjang, 1,970 mm lebar, 1,285 mm tinggi dengan jarak roda 2,568 mm.

Berat keseluruhannya ialah 1,690 kg, menggunakan pacuan roda belakang dan disaluti dalam warna Titanium.

Audi Concept C menjadi penanda aras arah tuju baharu syarikat itu yang memberi gambaran jelas tentang model produksi masa depan yang akan membentuk lebih banyak model Audi selepas ini.

Berkaitan

  • Jaguar Type 00 Diperlihat, EV Radikal Tanpa Cermin Belakang
  • Audi Pilih Malaysia Pasang SUV Q7 S Line, Pertama Di Asia Tenggara
  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY