
Skrin paparan peranti bersaiz 5.5-inci bersama-sama nisbah 18:9 ini diletakkan di dalam kerangka badan bersaiz 5-inci memberikan pengalaman sinematik yang menyeluruh kepada pengguna.
ZenFone Live dilengkapi teknologi sistem nyahkunci menggunakan wajah bagi memudahkan penggunaan peranti. Di belakang peranti, tersemat lensa 13MP sebagai sistem kamera utama dan lensa 5MP untuk kamera hadapan.

Peranti ini akan dikuasakan dengan bateri berkapasiti 3,000 mAh yang mampu menyokong panggilan rangkaian 3G selamam 29 jam, 4 hari ulang main muzik dan juga 18 jam untuk pelayaran internet menggunakan browser. ZenFone Live akan menggunakan antaramuka ZenUI 5 yang berasaskan Android Oreo.
Di bawah merupakan spesifikasi-spesifikasi lain untuk ZenFone Live:
Cip pemprosesan | Qualcomm Snapdragon 425 |
RAM/ROM | 2GB/16GB |
Slot MicroSD | Sokongan 2TB |
Slot Kad SIM | 2+1 ( 2 Kad SIM + Micro SD) |
ZenFone Live akan mula dijual pada akhir minggu ini dalam dua warna iaitu Shimmer Gold dan Midnight Black dan akan dijual dengan harga RM 399.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang ASUS Malaysia.
Berkaitan
- ASUS TUF Gaming Membuat Kemunculan Kembali Untuk Pasaran Komputer Riba Gaming Permulaan
- ASUS ROG Malaysia Memperkenalkan ROG Zephyrus GX501
- ZenFone Max Pro M2 Rasmi Dilancarkan, Menjanjikan Peningkatan Dari Generasi Sebelumnya Dengan Harga Bermula RM859
- ASUS VivoBook S, Untuk Mereka Yang Mahukan Warna-Warni Dalam Kehidupan
- ASUS TUG Gaming Sekarang Dengan Pilihan GTX 1060
- ASUS THOR Kini Dengan Paparan OLED Dan Tidak Dilupakan RGB
- Promosi Hari Malaysia Bagi Rangkaian Komputer Riba TUF ASUS
- Free Fire Catat Rekod Tontonan Live Lebih 5.4 Juta
- ZenFone Max Pro (M1) Untuk Gamers Dengan Bateri 5000mAh & Snapdragon 636 Serendah RM599
- Gambaran Awal ZenFone 8 Flip Dengan Kamera Boleh Lipat Diperlihat