Sehubungan dengan itu, Asus juga telah menyenaraikan Zenfone 5z buat pasaran Amerika Syarikat melalui laman sesawang rasmi mereka. Apa yang mengejutkan, peranti berkenaan disenaraikan dengan harga bermula $ 1,999(~RM 8,070)!
Harga berkenaan ternyata memberi kejutan kepada peminat Asus terutama di Amerika kerana ianya jauh berbeza dengan harga yang ditawarkan di pasaran lain seperti India dan Eropah. Di pasaran Eropah, harga jualan yang dicadangkan bagi peranti ini ialah sekitar $ 575(~RM 2,322).
Sebagai peringatan, Asus Zenfone 5z ini hadir dengan cip pemprosesan premium Qualcomm Snapdragon 845 dengan sokongan memori sehingga 8GB RAM. Ia juga menggunakan bateri berkapasiti 3,300 mAh yang menyokong pengecasan pantas, dwi-kamera utama 12MP + 8MP serta kamera hadapan 8MP.
Pada peringkat awal, ramai menyangkakan bahawa Asus akan memperkenalkan satu edisi khas yang dinaiktaraf bagi pasaran AS. Namun, ia mungkin tidak akan berlaku kerana Asus telah membawa keluar tanda harga berkenaan daripada laman sesawang mereka lantas memberi kemungkinan bahawa tanda harga berkenaan hanyalah satu kesilapan menaip sahaja.
Sumber
Berkaitan
- Asus Umum Harga Runtuh Untuk Zenfone 4 Max Pro
- Majlis Pelancaran ASUS Zenfone Max Pro (M1) Di Malaysia Akan Diadakan Pada 31 Mei
- Asus ROG Strix SCAR II - Miliki Semua Yang Anda Mahu Pada Sebuah Laptop Gaming
- Asus ROG Phone 2 Dijangka Bakal Diperkenalkan Pada Suku Ketiga 2019
- Spesifikasi Asus Zenfone Max Pro M1 Didedahkan Menjelang Pelancaran
- Imej Sebenar Asus Zenfone Max Pro M2 Tertiris Menjelang Pelancaran
- Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Zenfone Max Pro M1 - Peranti Android Asli Dengan Bateri Gergasi
- Khabar Angin Asus XooGD Berkapasiti 4850mAh dan Menggunakan Sistem Operasi Android 7.0 Nougat
- Asus Zenfone 6(2019) Mungkin Hadir Dengan Rekaan Takuk Pelik
- Asus Zenfone Max Pro M2 Mungkin Tidak Menunggu Lama Untuk Tiba Ke Malaysia