Kredit : Android Authority
Asus Zenfone 5Z akan menggunakan cip pemprosesan kelas perdana daripada Qualcomm Snapdragon 845 dengan tiga pilihan variasi iaitu 6GB RAM + 64GB ROM, 6GB RAM + 128GB ROM dan 8GB RAM + 256GB ROM. Harga jualan bagi variasi 128GB ialah 32999 INR(~RM 1,935) manakala 36999 INR(~RM 2,170) untuk model 256GB.
Peranti ini akan menggunakan skrin jenis IPS LCD bersaiz 6.2 inci dengan resolusi FHD+. Dari segi baterinya pula, ia bakal dijana dengan bateri berkapasiti 3,300 mAh. Ia juga akan menyokong fungsi pengecasan pantas.
Kamera utama peranti ini akan menggabungkan lensa 12MP f/1.8 dan 8MP f/2.0, manakala kamera hadapannya pula menggunakan lensa 8MP f/2.0. Zenfone 5Z ini akan hadir dengan dua pilihan warna iaitu Meteor Silver dan Midnight Blue.
Setakat ini Asus Malaysia masih lagi belum mengumumkan tarikh rasmi pelancaran peranti ini buat pasaran tempatan. Namun dengan harga sebegini buat pasaran India, kita boleh menjangkakan harga yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia juga tidak jauh berbeza walaupun akan sedikit tinggi.
Sumber
Berkaitan
- Asus Zenfone 6(2019) Mungkin Hadir Dengan Rekaan Takuk Pelik
- Intisari Acara ASUS #WeLovePhoto Di Taiwan- Antara Yang Menarik Tentang Variasi Model Zenfone 4 Dan ZenUI 4.0
- ASUS ROG Phone Mula Ditawarkan Dengan Harga Hampir Mencecah RM 8,000 Di China
- Asus Zenfone 5Z Vs OnePlus 6 Vs Mi Mix 2s
- Khabar Angin Asus XooGD Berkapasiti 4850mAh dan Menggunakan Sistem Operasi Android 7.0 Nougat
- Asus ROG Strix SCAR II - Miliki Semua Yang Anda Mahu Pada Sebuah Laptop Gaming
- Pengguna Asus Zenfone Max Pro M1 Di Malaysia Mula Terima Kemaskini EIS
- Asus Tangguh Kemaskini Android Oreo Untuk Zenfone 3 Laser dan Zenfone 3 Zoom
- Kenal Pasti Kelebihan & Kekurangan Yang Ada Pada Asus Zenfone Max Pro M1
- Asus ROG Phone 2 Dijangka Bakal Diperkenalkan Pada Suku Ketiga 2019