Namun menurut laporan terkini daripada BGR India, model Zenfone 5Z berkemungkinan besar menjadi model yang pertama dijual di pasaran negara berkenaan di antara ketiga-tiga model tersebut. Ia dijangka akan mula dijual di pasaran India pada 4 Julai ini melalui Flipkart. Model ini juga merupakan variasi yang mempunyai spesifikasi paling premium dalam siri Zenfone 5.
Sebagai peringatan , Asus Zenfone 5Z akan menggunakan rekaan skrin paparan bertakuk jenis IPS LCD dengan resolusi FHD+ bersaiz 6.2 inci. Manakala cip pemprosesan yang digunakan pula merupakan cip keluaran Qualcomm iaitu Snapdragon 845 dengan sokongan RAM sehingga 8GB.
Dari segi kameranya pula, peranti ini dilengkapi dengan dwi-kamera utama yang menggabungkan lensa 12MP f/1.8 dan 8MP f/2.0. Bagi kameranya hadapannya pula, ia akan hadir dengan lensa 8MP dengan bukaan aperture f/2.0 selain boleh merakam video pada resolusi 1080p.
Peranti yang hadir dengan bateri berkapasiti 3,300 mAh ini mahu diperkenalkan oleh Asus sebagai salah sebuah peranti kelas perdana dengan harga mampu milik. Asus Zenfone 5Z ini sudah mula dijual di beberapa pasaran antarabangsa dengan tanda harga sekitar € 479(~RM 2,250) bagi menyaingi nilai harga yang ditawarkan pada peranti dalam kelas yang sama seperti OnePlus 6 dan Honor 10.
Sumber
Berkaitan
- DJI Dilaporkan Akan Mengeluarkan Drone Mavic Yang Mampu Dilipat.
- Sony Pikachu Tampil Di GFXBench Bersama Kamera 21MP dan RAM 3GB
- Snapdragon Wear 1200 -Pemproses Baru Untuk Wearable
- Disney Akhirnya Berjaya Membeli 21st Century Fox
- Vivo S1 Pro, Apa Yang Menarik?
- Mahkamah China Memerintah Samsung Membayar $11.6 Juta Kepada Huawei
- EDIFIER TWS 2, Wireless Earbud Untuk Penggemar BASS
- TNB Bakal Umum Maklumat Lanjut Mengenai Projek Jalur Lebar Pada Januari 2019
- Remaja Kini Banyak Habiskan Masa Menggunakan Internet
- Google Jadikan Chrome 15% Lebih Pantas Untuk Windows