Asus Umum Tiga Model - Zenfone 5, Zenfone 5Z Dan Zenfone 5 Lite

Acara MWC 2018 kali ini menjadi pentas syarikat teknologi ternama melancarkan peranti mereka dan Asus tidak melepaskan peluang mengumumkan tiga model baru bagi siri Zenfone 5.

Dikenali sebagai Zenfone 5, Zenfone 5 Lite dan Zenfone 5Z, dua daripada tiga model ini mempunyai rekaan takuk pada skrin hampir sama seperti iPhone X.

Menjelaskan perkara tersebut, Ketua Pemasaran Global Asus, Marcel Campos, "Mungkin ada sesetengah pihak akan mengatakan ia adalah klon kepada iPhone X, tetapi kami tidak boleh mengenepikan kemahuan pengguna. Anda perlu mengikut trend."



Berikut adalah spesifikasi yang dibawa oleh telefon pintar terbaru Asus.

Zenfone 5Z



  • Snapdragon 845

  • Skrin IPS 6.2 inci dengan nisbah 19:9

  • RAM 6GB

  • Storan 64GB

  • Kamera utama 12MP, kamera swafoto 8MP

  • Bateri 3300mAh beserta pengecasan pantas

  • Speaker dwi stereo

  • ZenUI 5.0 berasaskan Android Oreo 8.0


Zenfone 5



  • Snapdragon 636

  • Skrin IPS 6.2 inci dengan nisbah 19:9

  • RAM 4/6GB

  • Storan 64GB

  • Kamera utama 12MP, kamera swafoto 8MP

  • Bateri 3300mAh beserta pengecasan pantas

  • Speaker dwi stereo

  • ZenUI 5.0 berasaskan Android Oreo 8.0


Zenfone 5 Lite



  • Snapdragon 630

  • Skrin IPS 6 inci dengan pada nisbah skrin -ke-badan 80.3%

  • RAM 4 GB

  • Storan 64GB

  • Kamera utama 16MP, kamera swafoto 20MP

  • Bateri 3300mAh beserta pengecasan pantas

  • ZenUI 5.0 berasaskan Android Oreo 8.0


Kesemua model diatas akan dilengkapi dengan cip pengimbas cap jari dibahagian belakang dan Asus turut mengetengahkan penambahbaikan prestasi kamera menerusi AI.

Harga bagi model Zenfone 5Z adalah $499 iaitu sekitar ~RM 1957.58 dan dua lagi model masih belum didedahkan nilai jualannya. Berkemungkinan ia akan memasuki pasaran Malaysia pada bulan April.

Sumber: ZD Net