ASUS STRIX SCAR 15, G15, Dan G17 Diumumkan Dengan Harga Bermula RM6,199

Selain model ROG Zephyrus, ASUS Malaysia turut membawa masuk STRIX SCAR 15, G15 dan G17. Model-model terbaharu ini juga dilengkapi dengan Intel Gen-10 dan kad grafik sehingga NVIDIA GeForce RTX 2070.

STRIX SCAR 15


Kapsyen: STRIX SCAR 15


Untuk barisan STRIX, SCAR 15 merupakan model lebih menyeluruh dari segi spesifikasi. Hadir dengan panel 240Hz serta 2 pilihan kad grafik.

  • Intel i7-10875H

  • RTX 2070 / RTX 2060

  • 15.6 inci FHD 240Hz IPS

  • RAM 16GB DDR4 3200MHz

  • Storan 3x M.2 NVMe SSD (1TB)

  • Berat 2.57kg

  • RM7,999 (RTX 2070)

  • RM7,499 (RTX 2060)


STRIX G17


Kapsyen: STRIX SCAR G17


Lebih disasarkan untuk yang mahukan saiz komputer riba bersaiz besar 17.3 inci. Selain dari itu, spesifikasinya boleh dikatakan tidak terlampau menyerlah.

  • Intel i7-10750H

  • RTX 2060 / GTX 1660 Ti

  • 17.3 inci FHD 144Hz IPS /17.3 inci FHD 120Hz IPS

  • RAM 16GB DDR4 3200MHz

  • Storan 3x M.2 NVMe SSD (1TB)

  • Berat 2.85kg

  • RM6,699 (RTX 2060)

  • RM6,199 (GTX 1660 Ti)


STRIX G15


Kapsyen: STRIX SCAR G15


Rekaan normal 15.6 inci dengan penawaran spesifikasi mencukupi untuk pengalaman bermain permainan pada 1080p tetapan Ultra.

  • Intel i7-10750H

  • RTX 2060

  • 15.6 inci FHD 144Hz IPS

  • RAM 16GB DDR4 3200MHz

  • Storan 3x M.2 NVMe SSD (1TB)

  • Berat 2.30kg

  • RM6,699 (RTX 2060)


 

Berkaitan