Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ROG Phone 5 Wide

ASUS ROG Phone 5 Jadi Telefon Pertama Yang Hadir Dengan 18GB RAM

Diterbitkan Mac 2, 2021 oleh Amsyar Latif

Tujuh hari lagi sebelum telefon gaming berkuasa dari ASUS iaitu ROG Phone 5 akan dilancarkan. Minggu lalu juga kita telah lihat skor audio bagi telefon ini.

Terbaru, Geekbench mendedahkan spesifikasi bagi model ROG Phone 5 yang lain dimana ia hadir dengan 18GB RAM dan menjadikannya sebagai telefon pertama yang mempunyai konfigurasi RAM sebesar itu.

rog phone 5 geekbench

Buat pengetahuan, terdapat dua model bagi ROG Phone 5 iaitu pertama adalah edisi Tencent Games (DA) dan kedua adalah model DB yang mempunyai paparan pada panel belakang.

Seperti yang kami laporkan, model DA akan dilengkapi 8GB RAM atau 16GB RAM. Manakala yang baru didedahkan ini pula, iaitu model DB mempunyai 18GB RAM.

Walaupun RAM sebegitu, skor prestasi cip bagi model DB ini adalah lebih rendah berbanding model DA, iaitu teras-tunggal (1112) dan multi-teras (3700).

JD.COM ROG Phone 5

Selain itu, bersempena kehadiran telefon ini juga, ia telah dilihat secara rasmi untuk pra-tempah di laman JD.com dan seperti biasa, tiada harga rasmi yang didedahkan.

Sumber: mysmartprice

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
©2026 WISER.MY