Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ROG Phone 5 Wide

DxOMark Dedah Skor Audio Dan Rekaan Asus ROG Phone 5

Diterbitkan Februari 23, 2021 oleh Amsyar Latif

Asus telah pun mengesahkan tarikh pelancaran telefon gaming baharu mereka iaitu ROG Phone 5 pada 10 Mac ini.

Kini, DxOMark mendedahkan hasil prestasi audio bagi telefon gaming idaman ramai ini.

Berdasarkan ujian yang dilakukan, ROG Phone 5 menerima skor sebanyak 79 secara keseluruhan meletakkan telefon ini di puncak carta.

Dengan ini juga, ROG Phone 5 secara tidak langsung mengatasi Xiaomi Mi 10 Pro yang berada di tempat kedua dengan skor 76.

skor audio rog phone 5

Sementara modelnya yang terdahulu, skor ROG Phone 3 terikat pada kedudukan yang sama dengan Huawei Mate 20 X iaitu 75.

Menurut DxOMark, telefon ini mempunyai kualiti audio yang baik tidak kira bermain game atau mendengar lagu tanpa aksesori tambahan.

Selain itu, ia juga hadir dengan 4 mikrofon serta dua pembesar suara simetri pada bahagian atas dan bawah telefon.

DxOMark Dedah Skor Audio Dan Rekaan Asus ROG Phone 5

Spesifikasi lain yang rasmi adalah cip Snapdragon 888, bicu audio 3.5mm, teknologiĀ bass maya serta teknologi audio yang ditala Dirac.

Pada masa yang sama juga, rekaan bagi ROG Phone 5 diperlihatkan dimana terdapat paparan utama dan paparan kedua pada panel belakang serta tiga tetapan kamera.

Sumber: DxOMark

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY