Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
rog phone 5

ROG Phone 5 Tertiris Di Geekbench, Ini Spesifikasinya

Diterbitkan Februari 10, 2021 oleh Amsyar Latif

Sebelum ini kami melaporkan bahawa Asus ROG Phone 5 telah tersenarai dalam TENAA China. Terbaru, telefon gaming yang berkuasa ini telah tertiris di Geekbench untuk mengukur prestasinya.

Berdasarkan maklumat yang tertiris, ia kini mempunyai varian 16GB RAM dimana pada Disember lalu, hanya memaparkan varian 8GB RAM.

rog 5

Skor ROG Phone 5 menunjukkan 1131 untuk teras-tunggal sementara multi-teras pula adalah 3729. Prestasi tersebut adalah lebih baik berbanding varian 8GB sebelum ini.

Buat masa sekarang, telefon ini akan dijana cip pemproses Snapdragon 888 yang bersama-samanya menjalankan sistem operasi Android 11.

Dengan dwi-bateri yang bakal hadir, pensijilan 3C China juga mengesahkan ia akan menyokong pengecasan pantas 65W.

Selain itu, ia turut akan dilengkapi paparan utama 6.78 inci AMOLED dan paparan kedua di belakang. Menerusi ini, kita bakal menerima kehadirannya sekitar Mac atau April tahun ini.

Sumber: Geekbench via gsmarena

 

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY