Asus ROG Phone 3 Mungkin Hadir Dengan Pilihan RAM Sehingga 12GB

Bakal dikuasakan oleh cip Snapdragon 865.


Sebelum ini telah dilaporkan bahawa model telefon pintar Asus ROG Phone III mungkin akan diumumkan pada bulan Julai nanti.

Kini terdapat pula ura-ura bahawa telefon pintar berprestasi tinggi itu akan datang dengan pilihan spesifikasi RAM 8GB dan 128GB.

Ura-ura ini timbul selepas munculnya rujukan skor prestasi yang dipercayai merujuk kepada peranti tersebut di laman Geekbench baru-baru ini.



Merujuk kepada rajah di atas, model yang dipaparkan adalah ASUS_I0003D iaitu model bagi ROG Phone 3. Manakala 'Kona' di bahagian System Information > Motherboard pula merujuk kepada cip pemprosesan Snapdragon 865.

Sementara 12GB RAM pula dipaparkan di bahagian Memory Information (11.36GB).

Sehingga kini, belum ada sebarang pengumuman rasmi tentang pelancaran ROG Phone 3 dan pendedahan spesifikasi lain tentang telefon pintar berprestasi tinggi ini dari pihak ASUS.

Sumber: My Smart Price