Bateri iPhone 12 Didapati 20% Lebih Cepat Habis Jika Anda Lakukan Ini

Seperti semua sedia maklum, iPhone 12 dan iPhone 12 Pro dimuatkan dengan bateri berkapasiti 2815mAh. Kapasiti itu pastinya adalah jauh lebih kecil berbanding bateri-bateri yang ada pada telefon pintar Android.

Kapasiti bateri yang kecil itu juga pastinya tidak menggembirakan pengguna sekiranya mereka mengaktifkan capaian 5G pada peranti iphone.

Ini kerana, hasil ujian ketahanan bateri yang dibuat oleh laman Toms Guide mendapati, apabila capaian 5G diaktifkan pada model iPhone 12 dan iPhone 12 Pro, kedua-dua model iPhone itu hanya mampu beroperasi antara 8 hingga 9 jam sahaja.

Secara kasarnya, bateri iPhone 12 adalah 20% lebih cepat habis apabila mod 5G diaktifkan berbanding mod 4G.

Malah keputusan itu juga menunjukkan ketahanan bateri telefon pintar lain  adalah lebih baik apabila capaian 5G diaktifkan memandangkan kapasiti bateri yang digunakan adalah lebih besar.

Berikut adalah hasil keputusan ujian capaian 5G dan 4G iPhone 12 dan iPhone 12 Pro berbanding beberapa model telefon pintar lain yang diperoleh Toms Guide:-

Kapsyen: Sumber: Toms Guide


Hasil dari ujian bateri itu Toms Guide menyimpulkan, pengguna iPhone 12 pastinya mahu menggunakan capaian 4G pada peranti mereka bagi menjimatkan penggunaan bateri berbanding 5G.

"Overall, the iPhone 12 and iPhone 12 Pro battery life is a bummer over 5G, at least when surfing the web. So you may want to manually switch to 4G in some cases to save extra juice. "

Walaubagaimanapun, hasil ujian itu tidak menggambarkan penggunaan pada masa sebenar.

Berkaitan