Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Snapdragon 865 Akan Diumumkan Pada Awal Disember Ini

Ujian Prestasi Grafik Snapdragon 865 Mengatasi Grafik A13 Bionic Tapi…

Diterbitkan Disember 17, 2019 · Dikemas kini Disember 17, 2019 oleh ariff bukhari

Prestasi keseluruhan SD 865 masih belum menandingi cip pemprosesan iPhone 11.

Laman teknologi  Tom’s Guide yang telah menerima peranti rujukan yang dilengkapi dengan cip pemprosesan terbaru Snapdragon 865 dari pihak Qualcomm telah melaporkan hasil ujian awal prestasi bagi cip terbaru itu.

Berdasarkan kepada laporan tersebut Tom’s Guide mendapati kuasa grafik cip pemprosesan Snapdragon 865 telah berjaya mengatasi prestasi grafik cip Apple A13 Bionic yang digunakan pada iPhone 11 Pro Max.

Skor prestasi yang diperolehi Snapdragon 865 adalah sebanyak 7,090. Jauh meninggalkan prestasi grafik yang dipegang oleh A13 Bionic sebelum ini.

SD 865
Hasil ujian prestasi grafik Snapdragon 865 berbanding beberapa peranti premium lain oleh Tom’s Guide yang menggunakan 3DMark’s Sling Shot Extreme Open GL. Kredit: Tom’s Guide

Walaubagaimanapun…

Sungguh pun Snapdragon 865 cemerlang dari prestasi grafik, bagi ujian prestasi pengekodan video, kuasa pemprosesan Snapdragon 865 masih belum dapat menandingi prestasi cemerlang yang dicapai oleh cip Apple.

Cip A13 Bionic masih lagi yang terpantas dalam menjalankan tugasan tersebut.

SD 865 Video conversion
Hasil ujian kepantasan pengkodan video oleh Tom’s Guide menggunakan aplikasi Adobe Rush bagi transkod video 4K video kepada 1080p. Kredit: Tom’s Guide

Namun begitu, menerusi ujian prestasi Geekbench 5, Snapdragon 865 menerima skor sebanyak 3,463. Jumlah itu jauh meninggalkan prestasi yang dicapai oleh peranti yang menggunakan Snapdragon 855.

Tetapi skor Snapdragon 865 hanya sedikit sahaja dibelakang A13 Bionic yang mendapat skor sebanyak 3,517.

SD 865 Geekbench
Kredit: Tom’s Guide

Apa yang dapat disimpulkan daripada ujian awal oleh laman Tom’s Guide terhadap prestasi Snapdragon 865 ini adalah ia menunjukkan Qualcomm sudah hampir menandingi kehebatan prestasi cip yang dibangunkan Apple untuk iPhone.

Qualcomm sebelum ini menjanjikan Snapdragon 865 akan menjadi nadi kepada peranti pintar premium tahun 2020 nanti seperti Samsung Galaxy S11, OnePlus 8 dan Google Pixel 5.

Jadi, untuk peranti Android menandingi iPhone 11 terpaksalah tunggu tahun hadapan.

Sumber: Tom’s Guide

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY