Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ini Sebab Kenapa Anda Patut Berhenti Tonton Video ‘Speed Test’ Telefon Pintar

iPhone Terus Kukuh Berbanding Android Walaupun Permintaan Telefon Pintar Di Seluruh Dunia Menurun

Diterbitkan April 22, 2022 ยท Dikemas kini April 22, 2022 oleh ariff bukhari

Berdasarkan kepada data terbaru dari Canalys untuk suku pertama tahun 2022, permintaan telefon pintar di seluruh dunia masih kekal rendah.

Setakat suku pertama tahun 2022, pasaran global telefon pintar perlihatkan penurunan sebanyak 11%.

Bagi penguasaan pasaran telefon pintar Android, ia dipacu oleh Samsung yang merekodkan peningkatan sebanyak 2% setakat suku pertama tahun 2022 berbanding tahun 2021 bagi suku yang sama.

Apple iPhone pula menunjukkan peningkatan sebanyak 3% bagi suku yang sama iaitu 15% pada tahun 2021 dan 18% tahun ini.

Canalys menyatakan, permintaan pengguna terhadap siri iPhone 13 bagi kategori peranti flagship dan iPhone SE bagi kategori peranti pertengahan adalah kekal tinggi dan terus menunjukkan peningkatan.

Berbeza dengan telefon pintar Android dari syarikat-syarikat China termasuklah Xiaomi, OPPO, Vivo dan lain-lain yang menunjukkan trend penurunan.

Bermakna di sini, hanya telefon pintar Android dari Samsung sahaja yang berjaya meningkatkan penguasaan pasaran bagi kategori peranti prestasi rendah dan pertengahan menerusi Siri Galaxy A.

Malah Samsung turut menguasai pasaran telefon pintar flagship menerusi Siri Galaxy S22.

pasaran telefon pintar 2022

Menurut Canalys, pasaran telefon dunia masih tidak menentu akibat kesan daripada pandemik COVID-19 yang menyebabkan pengeluarannya terjejas.

Sumber: Canalys

Baca juga:

  • Sebelum Beli, Ketahui Perkara Ini Dahulu Tentang Kad TNG NFC
  • Cara Guna TnG eWallet Untuk Pembayaran Di App Store Dan Play Store
  • Ini Cara Semak Baki Kredit Touch ‘n Go Pada MyKad Anda

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY