Pengguna sepatutnya diberi pilihan bagi membuang rakaman Siri pada kemas kini akan datang.
Susulan daripada pendedahan berkaitan kontroversi Siri yang didakwa merakam pelbagai perbualan sulit dan seterusnya menghantar perbualan tersebut ke pelayan. Apple kini dikhabarkan akan menggantung sementara program yang membenarkan syarikat kontraktor yang menguruskan perkhidmatan Siri itu daripada mendengar rakaman Siri.
“We are committed to delivering a great Siri experience while protecting user privacy. While we conduct a thorough review, we are suspending Siri grading globally” Juru cakap bagi pihak Apple.
Walaupun Apple sebelum ini menegaskan bahawa rakaman Siri tidak merakam segala perbualan khususnya berkaitan hal-hal peribadi, tetapi daripada apa yang didedahkan oleh pihak dalaman firma itu, mereka mendengar pelbagai perbualan pengguna termasuklah rakaman suaran pasangan melakukan hubungan seks, urusan jual beli dadah, laporan kesihatan pesakit dan banyak lagi.
Berikutan isu itu juga, Apple memaklumkan bahawa mereka akan menyediakan ciri bagi membolehkan pengguna membuat pilihan sama ada ingin menyertai program yang membenarkan pihak mereka mendengar perbualan Siri ataupun tidak pada kemas kini akan datang.
Tetapi Apple tidak pula menyatakan sama ada dalam kemas kini itu nanti akan dilengkapi ciri yang membolehkan pengguna membuang rakaman perbualan Siri sepertimana ciri yang disediakan oleh Amazon dan Google pada peranti mereka.
Sumber: CNBC
Berkaitan
- Apple Kembali Di Puncak, Atasi Xiaomi Dan Pesaing Lain
- Tim Cook: Produk Apple Akan Datang Akan “Blow You Away”
- Temui Kecacatan Keselamatan Pada Kamera Komputer Macintosh, Pelajar Terima USD100 Ribu Dari Apple
- Lelongan Buku Manual Apple-1 Ini Dijangka Mampu Mencecah Sehingga $10 Ribu
- Pekerja Apple Tidak Mahu Kembali Bekerja Di Pejabat Mereka
- 7 Pembekal Apple Di China Didakwa Ada Kaitan Dengan Program Buruh Paksa Umat Islam Uyghur
- iPod Touch 2019 Kini Dilengkapi Dengan Cip Apple A10 Fusion
- Apple Dijangka Akan Terus Mendominasi Pasaran Peranti Fon Telinga Tanpa Wayar Sepanjang Tahun Ini
- Pembaikan Layan Diri Apple Diluaskan Kepada Lebih Banyak Produk
- Model Mac Terbaru Dijangka Akan Diumumkan Apple - Gurman