Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Hyundai Lancar Program Tukar Beli EV Seperti Miliki Telefon Pintar Di Korea

Hyundai Lancar Program Tukar Beli EV Seperti Miliki Telefon Pintar Di Korea

Diterbitkan Mac 10, 2024 · Dikemas kini Mac 11, 2024 oleh ariff bukhari

Hyundai melancarkan program tukar beli baharu yang membolehkan anda membeli EV seperti anda mahu miliki telefon pintar di Korea.

Hyundai membandingkannya dengan membeli telefon pintar dengan memberi “faedah istimewa” kepada pembeli EV baharu yang menukar kereta berkuasa petrol terpakai mereka.

Langkah itu direka khusus untuk menggalakkan pembeli di sana memiliki kereta elektrik dengan diskaun ke atas EV Hyundai baharu, termasuk model EV IONIQ 5, IONIQ 6, atau Kona Electric,

Ia sebagai salah satu usaha untuk menyokong peralihan kepada EV dalam pasaran domestiknya.

Hyundai pada tahun lalu merekodkan jualan EV sebanyak 268,785 unit. Jadi, insentif baharu yang diperkenalkan syarikat itu mencadangkan mereka tidak memperlahankan jualan EV mereka pada tahun ini.

Hyundai Lancar Program Tukar Beli EV Seperti Miliki Telefon Pintar Di Korea
Hyundai IONIQ 6.

Pada tahun lalu, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah melancarkan Hyundai IONIQ 6 di Malaysia.

IONIQ 6 memenangi 3 anugerah global berprestij – Kereta Terbaik Dunia 2023, Kenderaan Elektrik Dunia 2023 Terbaik dan Reka Bentuk Kereta Terbaik Dunia 2023.

Ditawarkan dalam 4 varian, ia dijual pada harga bermula RM219,888 hingga RM319,888.

Berkaitan

  • Kereta Terbang Berharga RM1.4 Juta Ini Sudah Terima Hampir 3,000 Tempahan
  • Chery OMODA E5 Tiba Di Malaysia, Cas EV Ini Dari 30% Ke 80% Hanya 28 Minit
  • Maxis Perkenal Pelan 5G Home WiFi Baharu Laju Seperti 'Fibre', Harga Bermula RM69

Sumber: electrek, Hyundai Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY