Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ASUS Melancarkan Skrin 4K 28 Inci TUF Gaming VG289Q

ASUS Melancarkan Skrin 4K 28 Inci TUF Gaming VG289Q

Diterbitkan November 18, 2019 oleh ariff bukhari

Untuk mereka yang mahukan skrin berprestasi tinggi.

ASUS telah melancarkan produk terbaru mereka, skrin 4K 28 inci TUF Gaming VG289Q yang direka khusus bagi pemain tegar permainan komputer yang mahukan visual berkualiti tinggi.

3 Ciri utama skrin Asus terbaru ini adalah ia memaparkan resolusi paparan 4K (3840×2160 ), menyokong AMD FreeSync dan standad warna DCI-P3 (juga sokongan HDR).

Selain itu, ia menyokong tetapan mod yang khusus dicipta untuk permainan komputer seperti Gamevisual presets, Gameplus overlays dan Shadow Boost bagi memberikan kualiti visual terbaik kepada pemain.

ASUS Melancarkan Skrin 4K 28 Inci TUF Gaming VG289Q

ASUS TUF VG289Q dilengkapi dengan 1x sambungan DisplayPort 1.2, 2x HDMI 2.0 dan sambungan fon kepala 3.5mm. Lebih penting ia turut didatangkan bersama pendirinya bagi membolehkan ia dipusing, diubah ketinggian dan lain-lain.

Tidak sepertimana skrin Apple Pro Display XDR yang dijual berasingan pendirinya (Apple Pro Stand berharga USD999).

Buat masa ini, Asus belum mengumumkan harga jualnnya lagi tetapi dijangka akan mula berada di pasaran tidak lama lagi.

Layari laman rasmi Asus TUF Gaming VG289Q untuk info lanjut spesifikasi skrin.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY