Asus Malaysia Perkemaskan Siri Komputer Riba ROG Zephyrus M Dan Pengenalan Siri TUF Dengan Cip Coffee Lake Intel

Asus Malaysia sebagai pengedar rasmi komputer riba permainan terkenal ROG Series telah mengemaskini komputer riba siri Zephyrus mereka yang menggunakan cip pemprosesan Intel generasi ke-8 terbaru, Coffee Lake.

Mereka membawa masuk 5 siri komputer riba ROG ke pasaran Malaysia bagi memenuhi permintaan peminat siri ROG mereka dan menawarkan komputer riba berprestasi tinggi dengan cip pemprosesan yang baharu.

Lima siri ROG tersebut adalah:

  • ROG G703




ROG G703 menampilkan cip berkuasa i9 generasi ke-8 bersama kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1080 yang membekalkan pengguna kuasa permainan yang tiada tandingan dengan faktor bentuk yang mudah alih. G703 menampilkan panel FHD IPS berukuran 17.3-inci dengan refresh rate 144Hz, 3ms GTG masa tindak balas, teknologi NVIDIA G-SYNC serta kemasan anti silau. Komputer riba ini juga dilengkapi dengan ruang simpanan HyperDrive Extreme yang memberikan pemain dengan RAID 0 SSD yang berkemampuan sehingga 8700 MB/s- pertama dicapai oleh sebuah komputer riba.

  • Zephyrus M




ROG Zephyrus pula dikenali kerana mempunyai kerangka badan yang nipis untuk kategori komputer riba permainan. Zephyrus M menghadirkan komputer riba yang mampu menghasilkan prestasi permainan setanding komputer desktop.  Kad grafik yang digunakan adalah NVIDIA GeForce GTX 1070 (Max-P). Panel paparan yang digunakan adalah dari jenis IPS dengan refresh rate 144Hz dengan 3ms GTG response time. Menggunakan ROG Active Aerodynamic System (AAS) yang memastikan Zephyrus M sentiasa pada suhu yang terkawal semasa tempoh aktiviti permainan yang lama. Asus juga menyertakan perisian eksklusif yang membolehkan pengguna mengubah mod kad grafik mengikut keperluan kerja yang sedang dijalankan.

  • Strix Scar Edition




ROG Strix Scar Edition direka bagi penggemar permainan bercorak FPS seperti Counter Strike® dan Overwatch®. Panel yang digunakan juga adalah dari jenis TN  dan menggabungkan teknologi Anti-Dust Cooling (ADC) dengan Aura Sync bagi menjaga prestasi komputer riba serta membolehkan pengguna mengubah keperluan efek lampu bagi peralatan komputer yang disokong.

  • Strix Hero Edition




Untuk peminat permainan MOBA seperti Dota 2® dan League of Legends®, Asus membawakan siri ROG Strix GL503 Hero Edition bagi memenuhi keperluan permainan kesukaan anda. Panel yang digunakan adalah dari jenis TN yang mampu memberikan refresh rate sebanyak 120Hz dengan teknologi wide-view. Hero Edition juga menyertakan teknologi ADC dan Aura Sync di dalam komputer riba mereka.

Kesemua komputer riba di atas menggunakan cip pemprosesan Intel generasi ke-8 yang terbaru bersama-sama kad grafik NVIDIA GeForce siri 10.



Asus juga dengan bangga memperkenalkan siri baru dalam koleksi komputer riba mereka yang disasarkan untuk pengguna yang tidak mahu membelanjakan wang yang banyak tetapi dalam masa yang sama mahu mendapatkan komputer riba yang boleh memainkan permainan kegemaran mereka.

FX 504 adalah komputer riba dari siri The Ultimate Force (TUF) Gaming Series yang memberi pengguna prestasi dalam tugasan seharian mereka serta ketahanan dari segi penggunaan.



Ia dikuasakan oleh cip pemprosesan i7-8750HQ generasi ke-8 dan menggunakan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1050 Ti dengan sokongan DirectX® 12. Dari segi fungsi penjagaan, Asus menyertakan teknologi Hypercool untuk menjaga suhu komputer riba semasa kerja-kerja berat dijalankan. FX504 juga disertakan cakera keras hybrid berkapasiti 1TB FireCuda™ (SSHD)